6 Model Baharu Apple Yang Bakal Dilancarkan Sempena 2021

- Advertisement -

Masuk sahaja tahun baharu, pasti ada sahaja ura-ura serta pembaharuan terbaru yang bakal dibawakan syarikat teknologi. Apple juga nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam menawarkan sesuatu yang lebih lagi menerusi barisan model yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

Menerusi ura-ura daripada MacRumors, Apple dijangka bakal melancarkan sejumlah besar model baharu pada tahun ini sekaligus bakal menjadi tahun yang sangat bermakna buat pasukan Tim Cook. Berikut merupakan antara senarai produk-produk yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

1. iPad Pro 23/24-inci

https___hypebeast.com_image_2020_12_apple-mini-led-ipad-pro-2021-release-rumors-001

Sejak pertama kali melihat iPad Pro, pada kami ianya sudah cukup besar untuk dipakai dengan saiz skrin 12.9-inci. Pada tahun ini, Apple dijangka akan melancarkan iPad yang jauh lebih besar dengan saiz skrin 23 atau 24-inci dan dinamakan sebagai iPad design language. Berdasarkan saiz skrin yang besar serta spesifikasi hebat yang ditawarkan, agak menarik untuk menyaksikan berapakah harga yang bakal ditawarkan buat iPad gergasi ini.

2. AirPods serba baharu

Apple-to-launch-AirPods-3-in-early-2021-with-AirPods-Pro-like-design

SUMBER: PHONEARENA

Mulai melancarkan AirPods, AirPods Pro dan AirPods Max, siri AirPods bakal diteruskan pada tahun ini dengan reka bentuk yang serba baharu. Difahamkan model terbaru ini bakal tampil dengan rekaan seakan AirPods Pro namun dengan muncung yang lebih pendek beserta ear tips yang boleh ditukar.

3. Mini-LED iPad Pro

iPad-Pro-Mini-LED

Mulai dilancarkan dengan refresh rate sehingga 120Hz, iPad Pro yang bakal dilancarkan pada tahun ini dijangka bakal ditawarkan dengan teknologi baharu menampilkan skrin mini-LED di mana para pengguna bakal menikmati skrin yang lebih cantik pada saiz rekaan yang lebih nipis.

4. Apple MacBook Pro 14 dan 16-inci

macbook-pro-13-inch-banner

Sejak mulai Apple melancarkan cip Apple M1, pastinya para peminat Mac sudah mulai menjangkakan kehadiran model lain dengan penawaran cip terbaru daripada Apple ini. Pada tahun ini, dijangkakan Apple bakal menawarkan cip Apple M1 pada model Macbook Pro 14 dan 16-inci.

5. Mac Pro dan iMac dengan cip Apple M1X

Apple-Mac-M1X-Render

Terdapat ura-ura yang mengatakan model berkuasa tinggi iaitu Mac Pro dan iMac dijangkakan bakal ditawarkan dengan cip pemprosesan Apple yang lebih baik iaitu Apple M1X. Penawaran cip Apple M1X sehingga 32-core pastinya sesuatu yagn didambakan buat mereka yang mahukan kuasa pemprosesan yang tinggi pada model keluaran Apple.

5. iPhone 13 dan iPhone SE Plus

iphone12proframe

Sudah menjadi tradisi Apple melancarkan model iPhone terbaru pada setiap tahun. Pada tahun ini, model iPhone 13 antara yang dijangkakan bakal dilancarkan dengan penawaran refresh rate sehingga 120Hz.

Selain itu, Apple dijangka bakal menawarkan iPhone SE Plus dengan sokongan internet 5G buat para pengguna. Pastinya model ini bakal menjadi rebutan buat mereka yang mahu iPhone bersaiz besar namun tidak mahu berbelanja dengan harga yang tinggi.

6. Apple Watch Series 7

apple-watch-series-7-release-date_-price-and-rumours-group_thumb1200_4-3

Setakat ini masih belum diketahui apakah perubahan terbaru yang bakal dibawakan pada Apple Watch Series 7. Sama-sama kita nantikan kehadirannya pada September ini. Dilaporkan beberapa model lain turut membuat kemunculan pada tahun ini menampilkan Apple AirTags, iPad Mini 6 serta generasi terbaru Apple TV.

Setakat ini, senarai model ini hanyalah sekadar ura-ura dan belum disahkan oleh pihak Apple. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Apple kelak.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat