Kadar bayaran pegawai SPRM akan dikaji semula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejak penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009 sehingga kini elaun ini tidak pernah dikaji semula walaupun terdapat perubahan beban kenaikan kos sara hidup, beban tugas yang semakin bertambah serta kepercayaan rakyat terhadap SPRM yang semakin ketara.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Perdana Menteri memaklumkan, pada 2009 SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang ditransformasi daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR), agensi ini telah bertindak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

“Perubahan ini turut melibatkan perubahan struktur organisasi serta gaji dan emolumen pegawai-pegawai SPRM.

“Emolumen yang terlibat adalah Bayaran Insentif Pencegahan Rasuah (BIPR),” jelasnya.

Jelas Perdana Menteri lagi, SPRM kini sedang menyiapkan kertas kajian untuk pertimbangan kerajaan bagi membentangkan kadar baru BIPR.

Beliau berkata demikian menjawab Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang bertanya adakah kerajaan bercadang memberikan elaun khas kepada pegawai SPRM yang bertaraf Gred 41 ke atas berikutan bebanan tugas mereka yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi terutama bagi unit risikan dan siasatan.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepentingan penambahan BIPR sedang dalam kajian di mana antara lain faktor yang harus dipertimbangkan adalah ruang lingkup siasatan SPRM kini melebar termasuk jenayah rentas sempadan (transnational crime) yang mana berdepan dengan pelbagai cabaran dan memerlukan kerjasama antara negara dan agensi penguatkuasa di peringkat antarabangsa.

“Dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai penyiasat SPRM, seharusya bayaran gaji dan elaun haruslah seiring.

“Peranan dan tanggungjawab membanteras rasuah di Malaysia selaras dengan dasar kerajaan “Membangun Masyarakat Madani” memang sudah jelas sebagai suatu yang kompleks, mencabar dan amat berat.

“Kejayaan mengawal gejala rasuah di dalam negara ini bukan sahaja bergantung kepada dasar dan komitmen kerajaan, tetapi juga bergantung kepada komitmen dan dedikasi pegawai-pegawai SPRM sendiri,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat