Umno kata kerjasama dengan PAS tak ke mana, tapi PAS sebaliknya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cadangan kerjasama semula Umno-PAS tidak perlu difikirkan lagi kerana ia tidak ke mana.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi berkata, mengimbau kerjasama Umno-PAS sebelum ini lazimnya terbantut gara-gara politik.

“Buat masa ini tidak perlu difikirkan lagi kerjasama Umno-PAS. Ia tidak ke mana. Asasnya ialah politik. Ia tidak kekal dan tidak bermanfaat.

“Peluang itu terlepas sejak gagalnya Muafakat Nasional. Ketika itu isu ICERD dan Statut Rom menyatukan Umno-PAS. Tetapi bila faktor politik masuk ia membantut kerjasama itu,” jelas Puad.

Justeru kata beliau, bila kerjasama ini dibangkit semula ia hanya marriage of convenience kerana PRK Kemaman, lebih baik moving forward.

“Umno dan Kerajaan Perpaduan tumpu menyejahterakan ekonomi negara dan rakyat.

“Manakala PN jadi pembangkang yang konstruktif,” ujar Puad.

Pun begitu, PAS menyatakan tidak menolak untuk bekerjasama semula dengan Umno di sebalik sejarah ‘pahit’ hubungan kedua-dua parti sebelum ini.

Bagaimanapun Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang kerjasama dengan Umno perlu melalui platform Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“PAS tidak pernah mengenepikan agenda penyatuan ummah.

“Kerjasama boleh dilakukan dengan sesiapa sahaja melalui PN kerana sebagai parti utama, sebarang kerjasama politik mestilah dipersetujui oleh Majlis Syura,” katanya dipetik dari laman portal FMT.

Beliau berkata demikian susulan cadangan penyatuan untuk mengambilalih pentadbiran Putrajaya dibangkitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil.

Isnin lalu, Isham dilaporkan berkata Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar boleh menjadi Perdana Menteri jika PN berjaya memujuk Umno bermuafakat semula sebelum PRU16.

Ia selepas Menteri Besar Terengganu itu menang besar dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman, Sabtu lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat