Malaysia gubal dasar tarik dan kekalkan pelabur – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menggubal dasar serta kebijakan yang jelas dan bersepadu bagi menarik juga mengekalkan pelabur-pelabur di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengemukakan bahawa perlu diterapkan pendekatan libat urus bersama-sama industri agar dasar dan inisiatif yang diwujudkan adalah selari dengan keperluan semasa dan akan datang.

“Adalah penting bagi Kerajaan menggubal dasar serta kebijakan yang jelas dan bersepadu bagi menarik dan mengekalkan pelabur-pelabur di Malaysia.

“Juga, perlu diterapkan pendekatan libat urus bersama-sama industri agar dasar dan inisiatif yang diwujudkan adalah selari dengan keperluan semasa dan akan datang,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Dasar Global, Persatuan Industri Semikonduktor (SIA),Mary Thornton dan delegasi, semalam.

“SIA telah menjadi suara industri semikonduktor Amerika Syarikat selama lebih dari empat dekad. Ahli dan anggota SIA mewakili lebih daripada 99 peratus industri semikonduktor Amerika Syarikat dari segi pendapatan, dan hampir dua pertiga daripada firma cip bukan Amerika Syarikat.

“Dalam pertemuan ini, ahli-ahli SIA mengambil kesempatan memaklumkan kepada saya mengenai perancangan industri serta cadangan-cadangan dalam memperkukuh tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing terutamanya pada peringkat rantaian yang bernilai tinggi,” ujarnya.

Antara lain Anwar turut menerangkan pendekatan penting kerajaan yang menggalakkan sektor swasta menerajui pusat-pusat kemahiran sebagai langkah mengatasi isu ketidaksepadanan tenaga kerja baharu dengan keperluan industri.

“Selain itu, kami sependapat bahawa ekosistem perusahaan kecil dan sederhana yang menyumbang kepada rantaian pengeluaran syarikat-syarikat utama dunia perlu sentiasa diberi penekanan dan sokongan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat