MB akan dilantik selepas Sultan Perak yakin ada majoriti mudah – Annuar Zaini

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Besar Perak yang baharu hanya akan dilantik selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yakin seseorang ADUN itu mempunyai sokongan majoriti mudah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkait kemelut politik yang melanda negeri ini.

“Sultan Nazrin mengambil maklum seperti pada hari-hari sebelum ini. Peranan Baginda hanyalah setelah diyakinkan bahawa calon (Menteri Besar) yang akan dipersembahkan itu telah mendapat sokongan majoriti mudah.

“Pihak Istana bersedia apabila diyakinkan sudah ada calon yang telah mendapat majoriti mudah untuk mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar yang baharu,” katanya kepada media di perkarangan Istana Kinta pada Ahad.

Beliau sebelum itu memaklumkan Sultan Nazrin telah memperkenan permintaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menghadap baginda jam 10 pagi tadi.

Katanya, pada pertemuan hampir satu jam itu, Sultan Nazrin telah dimaklumkan berhubung perkembangan terkini dari sudut UMNO serta rumusan yang dicapai dalam mesyuarat pada Sabtu malam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat