UMNO akan bincang segera dengan PAS krisis di Perak – Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bagi merungkai kemelut politik di Perak, UMNO dan PAS akan mengadakan pertemuan segera untuk membincangkan perkembangan terkini, kata Setiausaha Agung Bersama Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.

Menerusi akaun Twittenya Annuar berkata, pertemuan itu penting untuk menangani segala kekusutan melanda berhubung isu berkenaan.

“Pemimpin UMNO dan PAS di peringkat MN akan segera bertemu untuk sama-sama berbincang perkembangan politik semasa, termasuk isu Perak.

“Adalah penting kita tangani bersama semua kekusutan. Jangan mengharap untung secupak, tapi akhirnya rugi segantang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, UMNO Perak mempunyai ramai pemimpin berpengalaman dan berwibawa untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Kita yakin mereka mampu menangani isu melanda UMNO negeri itu,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat