Saarani buka mulut punca krisis Perak

- Advertisement -

CYBERJAYA: Selepas berdiam diri, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad akhirnya bersuara tentang apa yang berlaku hingga menyebabkan ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokong di DUN.

Menurut Shaarani, pelantikan ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak antara bibit awal krisis politik yang melanda negeri itu.

Saarani berkata suasana yang cuba dibina di Perak tidak dihargai dengan baik apabila satu demi satu tindakan Faizal membelakangi semangat kemufakatan.

“Saya mendengar penjelasan Menteri Besar kepada soalan pemberita berkaitan dengan pelantikan ADUN Pengkalan Hul sebagai Setiausaha Politik beliau.

“Meskipun saya cuba mengelak untuk membuat kenyataan terbuka apabila Menteri Besar melantik seorang dari ahli YB (Yang Behormat) dari UMNO, tetapi beliau sendiri telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak perlu mendapat kebenaran dari parti UMNO.

“Perlu saya jelaskan bahawa ketika persetujuan untuk membentuk kerajaan, ketiga-ketiga pihak iaitu Bersatu, UMNO dan PAS telah membuat persetujuan bertulis untuk saling hormat menghormati dalam urusan pelantikan setiap wakil sama ada sebagai ahli majlis mesyuarat (Exco), ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan dan lantikan politik yang lain,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata sewajarnya, pelantikan mana-mana ADUN, atau pemimpin UMNO dalam kerajaan hendaklah dibincangkan dengan badan perhubungan negeri atas semangat setiakawan dan prinsip hormat menghormati.

“Harus diingat, Kerajaan Negeri Perak hari ini dibentuk atas semangat setiakawan serta persefahaman bagi memastikan Perak terpelihara daripada ancaman politik yang tidak sihat. Tanpa semangat setiakawan kestabilan politik negeri ini akan terancam.

“Bagaimanapun, nampaknya persefahaman serta perjanjian ketika pembentukan Kerajaan Negeri Perikatan Nasional sudah tidak dihormati. Hakikatnya, ia sudah berkali-kali dilanggari. Sebelum ini pun, ada cubaan untuk mengubah senarai nama Exco yang sudah dipersetujui serta cubaan menukar pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Saarani menegaskan, UMNO dan Barisan Nasional Perak tidak tamak kuasa seperti yang didendangkan setiap kali mereka bersuara.

“Hakikatnya, kami mempunyai 25 Adun, jumlah paling besar di dalam Dewan Undangan Negeri. Namun atas ketaatan dan semangat tolak ansur, kami tidak menarik sokongan apabila jawatan Menteri Besar diberikan kepada Bersatu.

“Namun janganlah sikap keterbukaan, ketaatan serta tindakan berdiam diri kami selama ini dianggap sebagai kelemahan dan UMNO Perak boleh diperkotak-katikkan sehingga satu persatu persetujuan yang dimeterai bersama sebelum ini cuba dikhianati.

“Pendekatan berdiam diri selama ini diambil bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa dalam waktu pandemik Covid-19 ini. Hentikanlah bermain politik dan bersandiwara serta tumpukan kepada kebajikan rakyat yang menderita sekarang,” katanya.

Jumaat lepas, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Tambun gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya bagi mengekalkan kedudukan sebagai menteri besar.

Sebanyak 48 undi menolak usul keyakinan itu berbanding 10 yang menyokongnya. Satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru dari UMNO, Datuk Abd Manaf Hashim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat