Tengku Permaisuri Selangor Bantu Ganti Motosikal Nur Athirah Yang Dicuri

SHAH ALAM – Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff yang ditimpa musibah apabila motosikalnya dicuri ketika melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, Selangor, Rabu lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Norashikin berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang menimpa Nur Athirah.

Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

Nur Athirah adalah anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak sebagai penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa.

Menurut kenyataan itu lagi, Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan berkenaan, Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

Titah baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, baginda amat berharap masyarakat di luar sana lebih bersifat berperikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.

Baginda turut mendoakan sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT.

Terdahulu, motosikal Yamaha 135LC milik Mur Athirah dengan nombor plat BQF2182 hilang di depan pasar raya Batu Caves.

Nur Athirah berkata, dia ke pasar raya itu pada jam 1.30 petang untuk mengambil makanan yang dipesan pelanggan dan meletakkan motosikal di kawasan berkenaan.

“Apabila kembali ke kawasan parkir tidak sampai 10 minit, saya dapati motosikal sudah tiada sebelum diberitahu ia dicuri,” katanya. – Hmetro

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Perancis Tuntut Penjelasan Selepas Israel Serang Bangunan Pejabat Media Di Palestin

PARIS - Perancis menuntut penjelasan dan alasan Israel terhadap serangan udaranya ke atas bangunan di Gaza yang menempatkan pertubuhan-pertubuhan media, kata Presiden Emmanuel Macron...

ADUN Akui Kebingungan Disahkan Positif Covid-19 Walaupun Sudah Divaksin

PETALING JAYA - ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus, disahkan positif Covid-19, walaupun selepas beliau lengkap menerima dua dos vaksin. Katanya, beliau menjalani ujian saringan Covid-19...

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...