Peningkatan Kes Covid-19 Di Sabah Menggerunkan – Masidi Manjun

Isu keabsahan sesbuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

KOTA KINABALU – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menyifatkan bilangan kes positif COVID-19 yang dicatatkan di negeri itu pada Jumaat sebagai menggerunkan.

Namun beliau berkata ia perlu dilihat dari sudut positif serta fakta kes.

“Hari ini jumlah kes baharu positif COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 1,199 kes dan ia satu angka yang menggerunkan.

“Tetapi ia perlu dilihat dari dua sudut, pertama peningkatan kes adalah disebabkan hasil ujian saringan melibatkan beberapa kluster seperti Kluster Rumah Merah dan Kluster Penjara yang telah pun diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan ia tidak melibatkan kawasan awam.

“Kedua, angka yang tinggi ini harus menjadi motivasi kepada kita semua khususnya di negeri Sabah untuk lebih patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan agar kita dapat memutuskan rantaian COVID-19 ini,” katanya menerusi sidang media maya yang diadakan di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Menurutnya lagi, kluster baharu di Keningau turut menyumbang kepada bilangan kes apabila Kluster Mempulut mencatatkan sebanyak 28 kes yang dikaitkan dengan sebuah majlis kenduri arwah.

Daripada 1,199 kes positif tersebut, sebanyak 556 kes adalah berpunca daripada Kluster Pusat Tahanan Sementara Tawau dan Kluster Penjara Sandakan, manakala selebihnya iaitu 643 kes adalah dari lain-lain kategori.

Masidi turut memaklumkan peningkatan kes sembuh melibatkan Kluster Penjara Kepayan yang masih diletakkan dalam PKPD sehingga 16 November 2020.

“Sebelum ini seramai 2,701 orang telah disaring dan 1,652 orang telah didapati positif.

“Sehingga hari ini, 1,607 orang telah disahkan sembuh manakala 585 masih positif dengan 14 orang sedang menerima rawatan di hospital,” katanya.

Pada Jumaat, satu kematian direkodkan di Sandakan, menjadikan angka kematian akibat COVID-19 di Sabah sehingga 6 November 2020 adalah sebanyak 144 kes.

Daripada jumlah tersebut, 48 kes merupakan kematian di Unit Rawatan Rapi ICU. – Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

i-Sinar: Manfaatkan Ketika Saat Getir

Kuala Lumpur: Pengeluaran caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan skim i-Sinar dapat dimanfaatkan sebagai 'wang sokongan' untuk kegunaan saat getir...

Guru Makan Gaji Buta?

KUALA LUMPUR: Dakwaan yang dilemparkan segelintir individu di media sosial yang menuduh guru hanya makan gaji buta sepanjang tempoh penutupan sekolah berikutan pelaksanaan Perintah...