Belanjawan 2021 Lindungi Kepentingan Rakyat, Bantu Sektor Perniagaan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2021 adalah sebahagian daripada janji kerajaan untuk mencapai kesejahteraan dan kemakmuran sebenar semua rakyat, serta memastikan setiap mereka terus maju dan makmur bersama.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, belanjawan ini juga mencerminkan hasrat dan keperluan rakyat dan perniagaan, hasil maklum balas daripada 6,000 respons yang diterima melalui pelbagai platform dan sesi libat urus.

“Kerajaan menggubal sebuah belanjawan yang berprinsip melindungi rakyat dan perniagaan serta membantu mereka untuk melonjak kembali, serta menjamin masa depan yang lebih berdaya tahan dan lestari.

“Kerajaan sedar yang paling membimbangkan rakyat adalah kesihatan mereka dan punca rezeki bagi menyokong kelangsungan hidup masing-masing.

“Sehubungan itu, kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal memastikan rakyat sentiasa dilindungi, dan ini jelas dilihat melalui peruntukan yang tertinggi untuk rakyat dalam Belanjawan 2021 ini berbanding belanjawan yang pernah dibentangkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhyiddin berkata, pelbagai langkah yang digubal bukan sahaja bagi keselamatan dan kelangsungan hidup rakyat hari ini, tetapi bagi membantu rakyat membina sebuah masa depan yang lebih kukuh.

Beliau berkata, ia juga akan meneruskan momentum yang sudah dicapai selepas pelaksanaan empat pakej rangsangan terdahulu yang berjumlah RM305 bilion iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Prihatin PKS, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin).

Katanya, Belanjawan 2021 yang bernilai RM322.5 bilion adalah penzahiran konsep Prihatin Rakyat yang di dokong teguh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Walaupun negara berada dalam situasi yang sukar dan mencabar, kebajikan rakyat tidak akan diabaikan sama sekali.

“Ini adalah tekad kerajaan dalam memastikan wabak Covid-19 ditangani dengan berkesan, bagi menjamin matlamat kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan serta ketahanan ekonomi,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat