Setiausaha Akhbar Trump Pula Positif Covid-19

- Advertisement -

WASHINGTON: Setiausaha akhbar Rumah Putih, Kayleigh McEnany mengesahkan beliau positif untuk Covid-19, pengesahan itu dibuat melalui satu tweet pagi semalam.

McEnany menegaskan bahawa ujian beliau sebelumnya adalah negatif secara “konsisten” dan tidak mengalami sebarang gejala.

Berita ini agak menarik kerana McEnany adalah ‘wajah’ Trump di Rumah Putih. Beliau terkenal sebagai pembela tegar Presiden tersebut, tidak kira seteruk mana tahu kenyataan atau keputusan yang dibuat – termasuk dalam soal Trump yang sering memperlekehkan bahaya Covid-19.

Keputusan ini menjadikan McEnany sebagai kakitangan Rumah Putih terbaru yang positif virus tersebut, menambahkan kepada persoalan mengenai berapa besar wabak di West Wing berlaku.

Diagnosis McEnany menunjukkan bahawa pentadbiran Trump menolak amalan terbaik untuk mengelak jangkitan virus berkenaan sebelum ini, bahkan setelah Presiden diuji positif pun.

Beliau secara terbuka mengelak dari menggunakan topeng muka beberapa hari selepas Presiden Donald Trump dan kakitangan lain serta penasihat luar, diuji positif terhadap virus tersebut.

Selain McEnany, dua pembantunya Chad Gilmartin Dan Karoline Leavitt turut didapati positif virus berkenaan – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat