PKPB: 122 Buah Sekolah Harian Ditutup Mulai Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataannya sebentar tadi memaklumkan sebanyak 122 buah sekolah harian di Sabah akan ditutup mulai esok.

Dalam kenyataan tersebut, sekolah harian di kawasan Pergerakan Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan ditutup bermula Rabu ini, akan ditutup sehari lebih awal.

KPM menjelaskan sebanyak 86 sekolah rendah, 25 sekolah menengah dan 11 sekolah swasta akan ditutup.

“Penutupan ini susulan pengumuman Menteri kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini yang mana melalui Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk melaksanakan PKPB di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan yang akan berkuatkuasa pada 12.01 tengah malam 7 Oktober 2020.

“KPM memutuskan sebanyak 122 buah sekolah harian di dalam kawasan tersebut ditutup sehari lebih awal, bermula 6 Oktober 2020,” jelas kenyataan tersebut.

Menurut KPM lagi, bagi kawasan yang tidak terbabit PKPB, sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa.

” KPM akan pada masa sama akan sentiasa memantau situasi Covid-19 di seluruh negara bagi memastikan kesihatan warga sekolah terpelihara,” tegas mereka. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat