CDC Pinda Panduan Berkaitan Penyebaran Covid-19 Melalui Udara

- Advertisement -

PUSAT Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S. (CDC) semalam berkata COVID-19 dapat merebak melalui virus yang berlegar di udara, kadang-kadang sehingga berjam-jam – mengakui kebimbangan yang disuarakan secara meluas oleh pakar kesihatan awam sebelum ini mengenai penularan virus itu melalui udara.

Panduan terbaru CDC itu muncul beberapa minggu setelah agensi itu menerbitkan – dan kemudian mengeluarkan – amaran serupa, yang mencetuskan perdebatan mengenai bagaimana virus itu tersebar.

Dalam garis panduan semalam, CDC berkata ada bukti bahawa orang dengan COVID-19 mungkin menjangkiti orang lain yang berada lebih dari 6 kaki jauhnya, dalam ruang tertutup dengan pengudaraan yang buruk.

Dalam keadaan seperti itu, CDC berkata para saintis percaya jumlah titisan dan zarah kecil yang berjangkit, atau aerosol, yang dihasilkan oleh penghidap COVID-19 menjadi cukup pekat untuk virus tersebar.

CDC telah lama memperingatkan penularan melalui titisan kecil melalui udara dan biasanya jatuh ke tanah, yang menjadi panduan kepada peraturan jarak sosial enam kaki. Titisan bawaan udara ini adalah jauh lebih kecil, dan dapat kekal di udara, seperti asap.

Walaupun CDC menekankan penyebaran virus melalui kontak rapat adalah lebih biasa berbanding udara, sekumpulan saintis A.S. memberi amaran dalam satu surat terbuka tidak berkaitan yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Science pada hari Isnin bahawa aerosol yang berada lama di udara, boleh menjadi sumber utama transmisi COVID-19.

“Kenyataannya ialah, penyebaran melalui udara adalah cara utama penularan berlaku dalam jarak dekat dengan hubungan yang berpanjangan,” kata para penyelidik dalam satu panggilan media.

Virus dalam aerosol dapat bertahan di udara selama beberapa saat hingga berjam-jam, bergerak lebih dari dua meter dan berkumpul di udara dalam ruang dimana pengudaraannya tidak baik, yang menyebabkan berlaku penyebaran berlebihan, kata para penyelidik.

Oleh kerana individu dengan COVID-19 melepaskan ribuan aerosol yang dipenuhi virus dan lebih sedikit titisan ketika bernafas dan bercakap, para saintis berkata tumpuan mesti diberikan pada perlindungan terhadap penularan melalui udara.

Mereka juga berkata, pegawai kesihatan awam harus dapat membezakan antara titisan yang dikeluarkan oleh batuk atau bersin dengan aerosol yang dapat membawa virus ke jarak yang lebih jauh.

Surat itu juga menjelaskan bahawa pegawai kesihatan awam mesti menekankan pentingnya memindahkan aktiviti di luar rumah dan meningkatkan udara dalaman, bersama dengan memakai topeng dan penjarakan sosial, kata surat itu – Reuters

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat