Saya tidak campur urusan Peguam Negara – PM Anwar

- Advertisement -

JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sebarang campur tangan dalam keputusan Pejabat Peguam Negara menarik semula pendakwaan ke atas Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Temu Anwar di Jakarta, Selasa malam, Anwar memaklumkan bahawa Peguam Negara ada kuasa sepenuhnya.

“Jaksa Agung (ed. Pejabat Peguam Negara) ada ada wewenang (kuasa) sepenuhnya, dan dia berikan alasan itu. Jadi saya serah kepada wewenang Jaksa Agung kerana dia bicara tentang 200 halaman permohonan baru oleh Datuk Seri Zahid.

“Keduanya, dokumen dari Jaksa Agung yang bocor … dan menunjukkan ada pendirian Jaksa Agung menentang pendakwaan pada peringkat awal. Tetapi ini keputusan Jaksa Agung dan saya tak boleh campur,” katanya lagi.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Pejabat Peguam Negara menggunakan kuasanya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Presiden UMNO itu.

Ahmad Zahid sedang di peringkat bela diri dalam 47 pertuduhan jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah pada 4 September lepas telah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70 yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) daripada kesemua 47 pertuduhan.

Keputusan tersebut dibuat setelah Mahkamah menerima permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dalam tempoh bercuti sebelum bersara ketika keputusan ini dimaklumkan kepada mahkamah. Tempat Idrus akan diganti oleh Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh mulai hari ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat