KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan permohonan untuk melepas tanpa membebaskan ke atas kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibuat berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah dikemukakan dan telah pun diterima mahkamah.
Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan menegaskan, semasa membuat keputusan tersebut, hakim menyatakan bahawa alasan-alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent).
“Merujuk kepada laporan media bahawa tindakan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai tidak bermoral.
“Jabatan ini ingin menegaskan bahawa permohonan untuk melepas tanpa membebaskan dibuat kepada mahkamah berdasarkan kepada alasan- alasan yang telah dikemukakan dan telah pun diterima oleh mahkamah.
“Semasa membuat keputusan tersebut, Hakim menyatakan bahawa alasan-alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent),” jelas jabatan itu.