Hadi label DAP melampau

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kenyataan melampau secara terbuka oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menegaskan pendiriannya untuk mempertahankan sekularisme dan Malaysian Malaysia perlu dimuhasabah oleh parti-parti Melayu Islam yang memberi walak kepadanya.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, bagi negara Malaysia, ditegaskan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan dan hak kebebasan beragama dalam kalangan semua penganut agama lain turut dijamin.

“Di samping itu, hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk terawal juga dijaga. Inilah ketetapan yang diasaskan oleh para pejuang kemerdekaan sejak awal kita mencapai kemerdekaan.

“Adanya beberapa kenyataan melampau terhadap Perlembagaan Persekutuan daripada beberapa buah parti politik yang secara nyata melalui perlembagaan atau undang-undang tubuh partinya. Bahkan, mereka mendapat sokongan yang melampau daripada parti-parti politik yang lain, NGO dan media kepunyaannya.

“Mereka mengambil langkah terbuka mencabar penganut Islam daripada beramal dengan ajaran Islam yang nyata, seperti menghalang pelaksanaan syariat yang nyata mengharamkan arak dan judi bagi penganut Islam sahaja,” ujarnya dalam catatan Minda Presiden PAS pada Rabu.

Kata Hadi, kenyataan mereka yang melampau adalah langkah yang melanggar batas ajaran Islam dan Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dibiarkan, apabila melanggar sempadan hak beragama yang telah diberikan kepada mereka oleh Islam, tiba tiba campur tangan dalam urusan Islam dan penganutnya.

Tegas beliau, adalah melampau juga menyatakan perjuangan terbuka konsep Malaysian Malaysia bagi menghapus kebangsaan yang menjadi fitrah manusia dan hak ketuanan bangsa Melayu Islam dan Bumiputera kepada negara ini .

Hadi turut menjelaskan bahawa, pelampau ialah kalangan mereka yang melanggar sempadan Allah SWT yang terkandung dalam ajaran Islam yang dibawa dan dianut oleh para nabi dan rasul AS.

Menurut Hadi lagi, Islam satu-satunya agama yang benar hanya daripada Allah SWT yang tidak boleh dipertikaikan oleh setiap yang beriman.

“Kenyataan mereka yang melampau adalah langkah yang melanggar batas ajaran Islam dan Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dibiarkan, apabila melanggar sempadan hak beragama yang telah diberikan kepada mereka oleh Islam, tiba tiba campur tangan dalam urusan Islam dan penganutnya.

“Adalah melampau juga menyatakan perjuangan terbuka konsep Malaysian Malaysia bagi menghapus kebangsaan yang menjadi fitrah manusia dan hak ketuanan bangsa Melayu Islam dan Bumiputera kepada negara ini,” katanya.

Tambah Hadi, begitu juga sokongan pengundi-pengundi DAP daripada kalangan masyarakat bukan Islam Cina dan India kepada calon-calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan lain-lain lagi di seluruh negara.

“Cukuplah semua itu menjadi bukti betapa hubungan walak (kesetiaan) dalam kalangan parti berjenama Melayu dan Islam dengan DAP sehingga mendukung sepenuhnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jenama Melayu dan Islam, sekali gus menjadi bukti yang nyata telah mengulangi keadaan yang sama dengan pelantikan Yusof Ishak sebagai Presiden Singapura yang pertama dahulu.

“Ada pula kenyataan yang dinamakan larangan 3R yang mengambil tindakan bersifat undang-undang. Sedangkan, undang-undang ialah nas daripada Allah SWT dan Rasul-Nya atau yang diizinkan kepada mereka dalam perkara yang tidak ada nas secara musyawarah (terkini melalui Parlimen) daripada kalangan Ulul -Amri daripada kalangan mereka yang beriman, berilmu dan berakhlak (ulama dan umara) dengan syarat-syarat ijtihad yang menjamin keilmuan dan keadilannya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat