“Tak Perlu Usul Undi Percaya PM” – Naib Presiden Pas

- Advertisement -

TAIPING: Pas berpandangan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kelak.

Naib Presidennya, Senator Idris Ahmad berkata, ini adalah kerana pelantikan Perdana Menteri telah pun dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri juga telah diperkenankan dan merupakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Melantik Perdana Menteri adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Yang keduanya kuasa Yang di-Pertuan Agong memanggil Majlis Raja-Raja… itu ialah antara kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Maka sebab itu, lantikan Perdana Menteri ini merupakan kuasa mutlak yang ada kepada Yang di-Pertuan Agong… sepatutnya (tidak perlu diadakan undi percaya), begitulah kalau pandangan saya,” kata Idris.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir dari tiga perkampungan di sini, pada Ahad.
Pada Sabtu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilaporkan berkata, tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan kerajaan yang telah dibentuk baru-baru ini.

Namun, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pula mendakwa, kenyataan Peguam Negara itu bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong kepada semua ketua parti sewaktu sesi menghadap baginda di Istana Negara pada 17 Ogos lalu.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat