Adly Zahari jadi Naib Presiden Amanah

- Advertisement -

PETALING JAYA: Amanah melantik bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari sebagai naib presiden parti.

Adly yang juga Pengerusi Amanah Melaka, menggantikan Husam Musa yang melepaskan jawatan itu tahun lalu.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, pelantikan Adly selaras dengan aspirasi Amanah untuk menampilkan lebih ramai pemimpin pelapis bagi menerajui kepimpinan parti dan negara di masa hadapan.

“Kami yakin pelantikan ini akan memberi imej dan semangat baharu untuk Amanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seiring dengan itu, Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim, pula dilantik sebagai Bendahari Agung Parti Amanah Negara menggantikan Adly.

Husam sebelum ini dilaporkan meminta melepaskan jawatan tersebut untuk menumpukan usaha bagi memenangi lebih banyak kerusi Amanah di Kelantan.

Adly berkhidmat sebagai ketua menteri ke-11 dari Mei 2018 hingga Mac tahun lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat