Naik Range Rover Di Padang Pasir Untuk Muzik Video, ‘Jihad’ Caprice Cetus Pertikaian Netizen

- Advertisement -

Setelah lebih 2 bulan berada di Jordan, Caprice dikatakan sudah berangkat pulang ke Malaysia pada hari ini.

Walaupun tidak berjaya masuk ke Gaza, Caprice berkata dia bersyukur bertemu rakan baru yang banyak membantunya untuk menjayakan misi di sana.

Akan tetapi, perkongsian Caprice di Instagramnya mendapat perhatian ramai apabila menaiki kenderaan Range Rover dan difahamkan ia adalah rakaman untuk video klip lagu terbarunya.

Hal tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata mempersoalkan tujuan sebenar Caprice ke sana. Malah, ada juga yang pelik sama ada jihad yang dimaksudkan Caprice termasuk menghasilkan karya bersama artis di negara tersebut.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengecam Caprice dimana ianya bertentangan dengan tujuan asal penyanyi itu yang mahu membantu penduduk Palestin.

Untuk pengetahuan anda, Caprice bakal hadir dengan sebuah lagu berjudul ‘Tiger of AlQuds’ dimana berkisarkan mengenai jihadnya yang hendak ke Palestin. Malah, Caprice juga telah memuat naik beberapa keping gambar mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya di sana sebelum pulang ke Malaysia.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat