PEKEMA Charity Golf 2025 Tawar Hadiah Keseluruhan RM500,000 Termasuk Kereta Elektrik

CYBERJAYA, – Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) bakal menganjurkan acara tahunan ikonik PEKEMA Charity Golf President’s Cup 2025 pada 23 dan 24 Ogos ini di Palm Garden Golf Club, Putrajaya.

Memasuki edisi ke-11 sejak diperkenalkan pada tahun 2006, kejohanan kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya dianjurkan di Kuala Lumpur, menghimpunkan hampir 500 peserta terdiri daripada pemain industri automotif, usahawan serta rakan strategik tempatan dan antarabangsa.

Acara dua hari ini kekal menjadi antara kejohanan golf amatur terbesar di Malaysia dan terus menjadi medan utama PEKEMA memperkukuhkan jaringan industri serta melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Antara tarikan utama kejohanan ialah hadiah keseluruhan bernilai lebih RM500,000, termasuk hadiah hole-in-one berupa kereta elektrik Dongfeng Box, iaitu EV rasmi PEKEMA.

Sebahagian kutipan daripada kejohanan ini akan disalurkan kepada rumah kebajikan dan organisasi terpilih bagi membantu golongan yang memerlukan, menjadikan acara ini bukan sahaja tentang sukan, tetapi juga misi sosial dan kebajikan.

Presiden PEKEMA, Datuk Hj Mohamed Nazari Noordin, berkata kejohanan ini adalah simbol sinergi antara industri, komuniti dan tanggungjawab sosial.

“PEKEMA Charity Golf bukan sekadar acara sukan ia merupakan platform penting untuk merapatkan hubungan usahawan, pemimpin industri dan agensi kerajaan, sekaligus memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif,” katanya.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat