Tangguh pemilihan UMNO tak sah, kata ROS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan UMNO menangguhkan pemilihan partinya tidak sah.

Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Jasri Kasim berkata, hal ini berdasarkan minit mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk menangguhkan pemilihan ahli majlis kerja tertinggi (MKT), bahagian dan cabang yang pada awalnya dijadualkan diadakan pada 7 Julai yang diserahkan kepada ROS.

“Keputusan (UMNO) tidak sah kerana tempoh ahli MT bagi sesi 2018/2021 telah berakhir pada 30 Jun,” katanya memetik The Star pada Jumaat.

Jasri memaklumkan bahawa ROS bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti dan pengurusan pertubuhan berdaftar sesuai dengan perlembagaan setiap organisasi dan tidak bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 atau mana-mana undang-undang negara.

Pada 8 Julai, ketika mengumumkan keputusan UMNO untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengatakan bahawa MT UMNO telah mengesahkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat