SKM Sampaikan Sumbangan Pek Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan Hospital UiTM Sg Buloh

- Advertisement -

Kuala Lumpur:  Sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2021, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyampaikan sumbangan pek makanan kepada petugas barisan hadapan Fakulti Perubatan, Hospital UiTM Sungai Buloh, Selangor sebagai tanda penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan rakyat.

Menurut kenyataan Unit Hal Ehwal Antarabangsa & Komunikasi Korporat SKM, Penghargaan itu disampaikan kepada petugas barisan hadapan khususnya jururawat yang bertugas di Hospital UiTM Sungai Buloh menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SKM yang berlangsung di Fakulti Perubatan Hospital UiTM, Sg Buloh, di sini.

Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi dan Kawalselia) SKM, YBrs. Tuan Rusli Jaafar, berkata sumbangan diberikan diharapkan dapat menyuntik semangat jururawat dan petugas barisan hadapan agar kekal komited dan sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada masyarakat.

Katanya, selain berkhidmat di Hospital UiTM Sungai Buloh, jururawat juga ditugaskan di beberapa buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar Lembah Klang bagi membantu usaha kerajaan mencapai sasaran imuniti kelompok secepat mungkin.

“Jururawat dari Hospital UiTM Sungai Buloh juga terbabit dalam pemberian perkhidmatan di beberapa buah Pusat Pemberian Vaksin di sekitar Lembah Klang bermula bulan Mac lalu bagi menjayakan Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan Covid-19.

Turut hadir pada majils tersebut, Presiden Kebangsaan, Pertubuhan Kajian Pembangunan Malaysia (MRDO) merangkap kordinator program, Prof. Dato’ Dr. Mohd Harun Nizam.

Pihak SKM dan Hospital UiTM Sungai Buloh berharap program seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk semangat kerjasama dan prihatin masyarakat.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat