Emel: Ahmad Maslan Ambil Tindakan Berbahaya Ugut Ahli Parlimen UMNO

- Advertisement -

Kepada pembaca,

Saya ingin mengulas sedikit berkenaan laporan media yang katanya Setiausaha Agong UMNO (SUA), Ahmad Maslan telah mengantar surat kepada semua ahli parlimen UMNO supaya menyatakan pendirian mereka terhadap sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dikhabarkan di dalam surat tersebut dibayangkan bahawa mereka yang menyokong Perdana Menteri akan dikenakan tindakan buang/pecat dari parti.

Tindakan ini secara jelas telah melanggar prinsip asas demokrasi yang menghalang hak kebebasan mana-mana ahli parlimen untuk memilih.

Lebih-lebih lagi sebelum ini Presiden UMNO sendiri yang telah membenarkan ahli parlimen UMNO bertindak bebas sama ada untuk menyokong Perikatan Nasional ataupun tidak.

Mereka tidak mempunyai tanggungjawab kolektif untuk menyokong mana-mana pihak setelah kebebasan untuk memilih itu telahpiun diberikan oleh Presiden UMNO sebelum ini.

Apa yang dilakukan oleh SUA UMNO ini juga boleh dikategorikan sebagai melanggar Seksyen 124 Kanun Keseksaan atas dasar menghalang ahli parlimen untuk menjalankan tugas mereka.

Ternyata surat ugutan yang dikeluarkan oleh SUA UMNO ini jelas mempunyai niat jahat dan elemen untuk memaksa ahli parlimen UMNO untuk membuat pilihan untuk tidak menyokong Perdana Menteri dalam sidang Parlimen yang bakal berlangsung pada 1 September 2021 nanti.

Seksyen 124 Kanun Keseksaan menetapkan seperti berikut:
“Menyerang ahli parlimen, dll, dengan niat hendak memaksa atau mengalang apa-apa kuasa yang sah di sisi undang-undang dijalankan. Barang siapa, dengan niat hendak mendorong atau memaksa atau sedang cuba mendorong atau memaksa seseorang ahli Parlimen atau ahli mana-mana Dewan Negeri atau ahli mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya menjalankan atau jangan menjalankan dengan apa-apa cara kuasa-kuasa ahli itu yang sah di sisi undang-undang, menyerang atau menghalang dengan salah, atau mencuba dengan salah menghalang, atau mempertakutkan dengan jalan kekerasan jenayah, atau dengan menunjukkan kekerasan jenayah, atau mencuba dengan demikian mempertakutkan, ahli itu hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.”

Konklusinya di sini, apa yang dilakukan oleh SUA UMNO ini dengan jelas telah menyalahi undang-undang negara dan seharusnya satu laporan polis dibuat ke atas beliau agar pihak berkuasa dapat melakukan siasatan dan tindakan undang-undang dapat diambil keatas beliau.

Pembaca Khuatir
Petaling Jaya, Selangor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat