Siti Sarah perlu jalani pembedahan keluarkan ‘baby’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah, Shuib baru menghubungi saya. Katanya, sebaik habis sahaja bacaan Yassin tengah hari tadi, doktor hubungi dia dan beritahu keadaan Sarah makin stabil.

“InsyaAllah jam 2 petang ini doktor akan buat pembedahan keluarkan bayi. Kalau pembedahan ini berjaya, insya-Allah semuanya okey. Insya-Allah Sarah akan okey,” kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom memaklumkan perkembangan terbaru.

Menurut Nana, dia berterima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan Yassin untuk kesejahteraan diri dan bayi dalam kandungan penyanyi itu.

“Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga. Insya-Allah dengan pembedahan terbabit dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,” katanya.

Sekitar jam 12 tengahari, hari ini, Nana memaklumkan Sarah sudah ditidurkan dan memohon mendoakan yang terbaik buatnya.

Berikutan itu, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraannya, majlis bacaan Yassin diadakan yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

Trdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil, pada pagi, hari ini.

Sebelumnya, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat