‘Bukan tugas saya sekat kerja orang’ – Rosyam Nor

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Saya tak pernah ‘gam’ orang. Bukan tugas saya sekat kerja orang,” kata pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor mengulas pengalamannya berdepan dengan pelakon yang dikategorikan sebagai ‘diva’.

Rosyam yang kini menerbitkan drama Cik Ayu Mee Sanggul menerusi syarikatnya Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. untuk Astro berkata, dia pernah mengetepikan seorang pelakon wanita popular dari bekerjasama hanya kerana sikap ego dan hidung tinggi.

“Dia pernah datang ke pejabat saya dan saya nampak dia amat sesuai bawa watak untuk drama saya. Tapi apabila sampai, dia agak ‘demand’ dan cuba ‘show off’ yang dia amat memilih watak.

“Akhirnya kakitangan saya tak dapat nak kendalikan dia. Saya masuk jumpa dia dan tengok dia pun cuba nak menunjuk lagak.

“Saya pun kata dengan pekerja okay kita tak boleh ambil dia kerana cara dia kurang sesuai, kerana pada masa itu dia keluar dengan satu filem,” katanya.

Menurut Rosyam, sepanjang 38 tahun kariernya, dia sudah berjumpa ramai pelakon dan tahu jatuh bangun mereka.

“Dalam sesebuah projek, saya beria-ia untuk menjadikan orang yang kita ambil itu bagus. Kita sebenarnya nak tolong jadikan dia bagus dengan kelebihan yang dia ada.

“Tapi saya tak nak ambil dia kerana perangainya. Alhamdulillah drama yang sepatutnya dia jadi heroin, lagi meletup ditangan pelakon lain.

“Selepas itu kami ada berjumpa dan dia tegur saya. Dapat saya lihat dari air muka dan bahasa badannya nampak dia agak menyesal tak ambil peluang,” katanya mengakui sehingga sekarang belum ada rezeki untuk mereka bekerjasama.

Rosyam mengakui drama terbitannya bukanlah bagus sangat, tetapi mereka sentiasa mahu memberikan yang terbaik kepada penonton.

“Saya dan pasukan saya serta stesen TV akan pastikan drama yang dihasilkan lain sikit dan pastikan drama itu ada kualiti untuk orang kata itu produksi kami.

“Saya kena jaga jenama Suhan Movies, nama saya dan semua artis yang berlakom bawah saya.

“Bahkan saya selalu berpesan bila ada kerja kepada mereka, buat bersungguh-sungguh agar dihargai orang luar,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat