Saya tak takut dan bimbang’ – Muhyiddin Yassin

- Advertisement -

PAGOH – Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin masih memiliki sokongan majoriti ahli parlimen biarpun terdapat dakwaan kononnya beliau tidak mendapat sokongan.

Muhyiddin turut menegaskan beliau tidak gentar berdepan dengan usul undi percaya kepada Perdana Menteri yang akan diadakan di Parlimen nanti.

“Penentuan membuktikan keabsahan kedudukan saya dibuat bulan depan kerana ia dipersetujui dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong dalam sesi menghadap baru-baru ini.

“Saya yakin sehingga hari ini, walaupun ada pengumuman dibuat pihak tertentu yang kononnya tidak menyokong saya, mungkin depan macam itu tapi di belakang mungkin tak tahu.

“Ini masalah politik yang ramai pihak keliru. Jadi nak selesaikan perkara itu kita bawa ke Parlimen, saya mesti hadapi apa pun kemungkinan.

“Saya tak takut dan bimbang tapi saya yakin memiliki majoriti,” katanya pada sidang media selepas majis penyampaian Sumbangan Makanan Basah kepada Penghulu Parlimen Pagoh hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat