UMNO Bera Teguh Bersama Ismail Sabri, Sokong Kerajaan Selaras Titah Agong

- Advertisement -

BERA: UMNO Bahagian Bera sebulat suara menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal dalam kerajaan selaras dengan titah Yang di Pertuan Agong.

Dalam kenyataan media UMNO Bera menegaskan, keputusan secara kolektif ini dilakukan setelah mengambil kira beberapa faktor antaranya menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya usul untuk membahas ordinan-ordinan Darurat hendaklah dibawa dalam sidang parlimen yang dijadualkan pada bulan September 2021.

Kata kenyataan itu lagi, sokongan mereka menyokong Ismail Sabri Yaakob untuk kekal dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri agar usaha menangani pandemik Covid-19 dapat diteruskan.

“UMNO Bahagian Bera merangkumi sayap Pemuda, Puteri dan Wanita sebulat suara menyokong Naib Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Bera, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri agar usaha menangani pandemik Covid-19 dapat diteruskan.

“Hal ini bermakna kerajaan Perikatan Nasional dan pentadbiran Tan Sri Mahiaddin Yassin masih absah sehingga persidangan Parlimen yang seterusnya yang akan menentukan sama ada kerajaan Perikatan Nasional mempunyai sokongan ataupun tidak.” ujar jelas kenyataan tersebut.

Ujar kenyataan itu lagi, adalah tidak rasional untuk Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan agar Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara, khususnya dalam menangani pandemik COVID-19.

“Perletakan jawatan adalah satu bentuk penderhakaan yang jelas terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana membelakangi titah serta akan mensia-siakan segala usaha menangani Covid-19.

“Yang Dipertuan Agong juga telah memperkenankan usul undi percaya di bawa ke parlimen untuk mengabsahkan sokongan MP kpd kerajaan. Menarik diri dari kerajaan sekarang bermakna mensabotaj titah Tuanku & ini dianggap sbg menderhaka kpd Tuanku.” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, tegas kenyataan tersebut, tindakan Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sengaja mencetuskan ketidakstabilan politik dilihat sebagai mementingkan diri.

“Isu utama sekarang adalah negara berdepan dengan Covid-19 dan kecelaruan politik akan mengganggu kelancaran untuk menangani pandemik serta memulihkan sosioekonomi.

“UMNO Bahagian Bera menolak sebarang usaha yang mencetuskan kecelaruan politik demi kepentingan politik sesetengah pihak.

“Semua pihak sepatutnya memainkan peranan dalam memulihkan negara dalam konteks ekonomi, sosial dan politik khasnya membantu kerajaan dalam mencapai imuniti kelompok yang semakin hampir.” kata mereka. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat