Satu Malaysia ‘blur’ apa game plan UMNO – Saravanan

- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan mengakui bukan saja dirinya malah satu Malaysia ‘blur’ (kabur) dengan percaturan politik UMNO yang memilih untuk tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana parti bagi berdepan PRU-15.
 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, tindakan UMNO yang memilih menolak kerjasama dengan mana-mana parti politik mengelirukan semua pihak berkenaan hala tuju Barisan Nasional (BN).
 
“Persoalan terbesar ahli-ahli MIC ialah di peringkat BN termasuk UMNO dan MCA kita hanya ada 42 kerusi, jadi dengan 42 kerusi UMNO dah buat ketetapan tidak akan kerjasama dengan DAP, PAS, Bersatu mahupun PKR.
 
“Maka dengan 42 kerusi apa hala tuju kita (BN)? Ini satu persoalan yang saya sebagai wakil rakyat perlu perjelaskan kepada ahli-ahli parti, mesti ada naratif, semua orang ‘blur’.
 
 
“Satu Malaysia ‘blur’ kita dah tarik diri bersama-sama, tapi UMNO buat keputusan no PKR, no DAP, sekarang no Bersatu jadi…di manakah hala tuju kita? Soal Saravanan pada sidang media ahli Parlimen BN di Auditorium DBKL pada Jumaat.
 
Justeru katanya, MIC berdepan kesukaran apabila diajukan persoalan berkenaan oleh ahli-ahli tentang hala tuju BN.
 
“Bukan suka-suka MIC boleh keluar kerana kita Kita kena jawab persoalan ahli-ahli MIC, bukan saya saja, satu Malaysia ‘blur’ apa pendirian BN keluar kerajaan akan jatuh?
 
“Sedangkan kita 42 kerusi tak sokong PKR, DAP, PAS dan Bersatu. Oleh itu, tidak ada mana-aman pihak tubuhkan kerajaan.
 
“…Apa akan jadi kepada negara kita dalam kerajaan hari ini dengan kes Covid-19 meningkat, ekonomi terjejas, krisis politik.
 
“Maka kita tak ada masalah kalau nak ikut pendirian UMNO, tak ada masalah tapi keputusan kena buat di peringkat BN dan kita kena ada satu naratif atau game plan ke arah mana, kalau saya sebagai individu, tak ada masalah saya boleh ikut tapi apa jadi dengan ahli-ahli?
 
“Jadi sampai sekarang, satu Malaysia tak ada jawapan semua kita blur atau ada orang buat kerja tersirat demi kepentingan diri mereka,” soal Saravanan.
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat