Khatam Al-quran Perdana

- Advertisement -

RAMADAN tahun ini sudah hampir ke penghujungnya. Umat Islam seluruh pelusuk dunia kini berlumba-lumba melakukan pecutan akhir dalam melipatgandakan amalan pada 10 malam terakhir bulan yang mulia ini.

Tidak mahu ketinggalan, TV AlHijrah mengajak penonton setianya memanfaatkan fasa terakhir Ramadan ini dengan sama-sama mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran menerusi program khas iaitu Khatam Al-Quran Perdana.

Khatam Al-Quran Perdana adalah rancangan yang disiarkan secara langsung pada Ahad ini. Ia akan membawa penonton untuk sama-sama bertadarus melengkapkan bacaan ayat suci al-Quran yang sudah dimulakan sejak awal Ramadan lalu.

Rancangan ini diterbitkan sebagai kemuncak kepada semua rancangan istimewa Ramadan yang disiarkan di TV AlHijrah dengan mengangkat tema Andai Ini Ramadan Terakhir.

Apa yang menarik, ia dijangka bakal melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya ia akan disiarkan terus menerus selama 12 jam siaran bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

Paling istimewa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bakal hadir ke Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah untuk menyertai kemuncak Khatam Al-Quran Perdana yang dijadualkan bermula selepas Asar.

Program Khatam Al-Quran Perdana membariskan gabungan qari tempatan dan selebriti tanah air dalam mengalunkan bacaan suci al-Quran.

Antaranya, Sheikh Mahmoud Al-Wosabi, Ustaz Fazrul Ismail, Ustaz Tirmizi Ali, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Nabil Ahmad dan Dr Ahmad Sanuzi Azmi.

Barisan selebriti terdiri daripada Zizi Kirana, Amie Sofia, Diana Amir, Farah Diana Anuar, PU Rozi Harun dan Chef Nabil Salleh.

Bagi penonton yang berminat untuk menyumbangkan bacaan, mereka boleh turut serta dalam rancangan ini secara maya menerusi aplikasi Zoom.

Maklumat lanjut tentang penyertaan boleh didapati di laman sesawang TV AlHijrah www.tvalhijrah.com.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat