Kementerian Wilayah Persekutuan segera baiki lif di PA Desa Rejang

KUALA LUMPUR – Susulan aduan kegagalan fungsi lif flet Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Tan Sri Annuar Musa mengarahkan pegawai pejabat Menteri Wilayah Persekutuan melakukan pemantauan dan baik pulih segera.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata penghuni PA Desa Rejang berdepan masalah berpanjangan berhubung kegagalan fungsi lif di premis berkenaan.

“Pegawai Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan telah turun ke PA Desa Rejang bagi membantu menyelesaikan berkenaan isu tersebut seperti yang diarahkan oleh Tan Sri Annuar Musa.

“Tinjauan dan perbincangan telah diadakan dan pihak kontraktor dengan persetujuan Jawatankuasa Mengurus Bersama (JMB) telah bersetuju untuk memulakan kerja-kerja pembaikan bermula hari ini,” katanya.

Tambah Irwan, hasil perbincangan tadi juga, satu taskforce telah ditubuhkan secara bersama oleh DBKL, JMB, kontraktor penyelenggaraan lif, dan wakil penduduk untuk memantau perkembangan pembaikpulihan lif-lif di PA Desa Rejang.

Sebanyak 24 lif akan dibaikpulih bagi memastikan kesemuanya dapat berfungsi dengan baik dan memberi keselesaan kepada penghuni PA Desa Rejang.

PA Desa Rejang memiliki 12 blok bangunan 19 tingkat dengan kemudahan 38 lif namun cuma satu lif berfungsi untuk setiap blok. -SuaraTV

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Pembangkang Cuma Boleh Cetus Huru-Hara Tapi Tidak Akan Berjaya – Shahrir Samad

KUALA LUMPUR - Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyuntik keyakinan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat masih takut-takut untuk membuka...

Ada MP UMNO ‘Sign’ Dokumen Sokong Anwar, Zahid Jadi Saksi, Dakwa Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada UMNO mengaku dirinya telah menandatangani dokumen sokongan untuk...

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...