Boleh ‘shooting’ masa PKP

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Aktiviti penggambaran di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini dan esok dibenarkan, namun syarikat produksi perlu membuat permohonan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas).

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam satu kenyataan berkata, ia juga tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Permohonan SPP Khas boleh dibuat mulai hari ini di laman web Finas. Bagi kawasan yang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) boleh meneruskan aktiviti penggambaran dengan syarat perlu mematuhi SOP penggambaran yang ditetapkan MKN serta semua garis panduan meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan.

“Butiran lanjut berkenaan mengenai daerah dan kawasan yang dikuatkuasakan PKP boleh didapati menerusi laman web MKN.

“Finas akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui medium hebahan media dan laman web Finas serta media sosial rasmi Finas,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP membabitkan enam daerah di Selangor bermula hari ini hingga 17 Mei dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula esok.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat