Lukisan Satira Adham Baba, Fahmi Reza Dipanggil Beri Keterangan Di IPD Kajang

- Advertisement -

PETALING JAYA: Pereka grafik Fahmi Reza telah dipanggil oleh pihak polis sekali lagi, kali ini berhubung satiranya yang menggambarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dalam hantaran di Facebook hari ini katanya, dia dalam perjalanan ke ibu pejabat polis Kajang untuk temu janji.

“Polis telah membuka dua kertas siasatan baru di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana grafik satira saya di Facebook dan Twitter,” katanya.

Dia mengatakan ini adalah kali ketiga dia disoal siasat oleh polis kerana lukisan satira Menteri Kesihatan.

Minggu lalu dilaporkan bahawa Fahmi telah dipanggil ke markas polis Kajang dan Sepang pada 6 Mei untuk dua kes baharu terhadapnya.

Fahmi disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana berniat menghina dan mencetuskan pelanggaran keamanan; dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk dua siaran yang dibuatnya di Twitter.

-UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat