Ketua Pembangkang pun tak mampu tukar, sibuk pula nak rampas kuasa – DAPSY

KUALA LUMPUR – Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Woo Kah Leong menyelar Bersatu Perak yang mendakwa sentimen rakyat di Perak ketika ini yang mahukan Perikatan Nasional (PN) kembali mentadbir.

Ketua Angkatan Muda Harapan itu itu mengingatkan Bersatu, agar tidak sibuk fikir mahu merampas kuasa ketika seluruh dunia dalam krisis.

“Rasanya tiada rakyat yang nak sekali lagi mengangkat bendera putih untuk minta bantuan di bawah pentadbiran PN.

“Sesungguhnya terdapat sebabnya pembangkang kini dilihat sebagai pembangkang yang paling tidak berguna dalam sejarah.

“Tak pernah mengusulkan cadangan konstruktif, tak pernah berikhtiar untuk membantu rakyat, tak pernah berhenti untuk memikirkan rampasan kuasa.

“Dahlah tidak mampu untuk menukarkan Ketua Pembangkang Parlimen sehingga kini, dan hanya mampu menggantikan Pengerusi PN selepas berbulan-bulan, kini pula sibuk berbicara soal mentadbir negeri,” bidas Adun Pasir Bedamar itu.

Justeru Kah Leong mengingatkan, daripada sibuk memikirkan untuk merampas kuasa ketika seluruh dunia sedang menghadapi krisis kekurangan sumber tenaga, lebih baik pembangkang Perak mengendalikan urusan rumah sendiri sebelum sidang DUN yang akan datang.

“Tak pasti berapa baki lagi selepas “Reset”. Mungkin yang duduk sebelah Raja Fitnah pun kena ditukarkan tempat duduknya.

“Dari Bersatu kepada Berpecah, dan Perikatan Nasional pun sudah menjadi Pas Nasional.

“Memang sah pembangkang yang paling tidak berguna dalam sejarah,” dakwanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat