Penglihatan Terhad, Operasi SAR Cari Empat Penyelam Hilang Ditangguhkan

- Advertisement -

MERSING – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat penyelam warga asing yang dilaporkan hilang di Pulau Tokong Sanggol, di sini ditangguhkan pada 7.30 malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, penangguhan itu atas faktor penglihatan terhad dan SAR akan disambung pada 7 pagi esok.

“Cuaca di laut dengan kelajuan angin 10 kilometer per jam (km/h) sehingga 20 km/h dan ketinggian ombak 0.5 meter sehingga satu meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurul Hizam berkata, operasi dikoordinasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membabitkan kekuatan 25 pegawai dan anggota serta tiga bot yang termasuk milik agensi lain iaitu Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan.

Katanya, kawasan pencarian hari pertama operasi adalah sejauh 21.45 batu nautika persegi.

Terdahulu, media melaporkan empat penyelam warga Britain, Perancis dan Norway dipercayai hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing di sini, hari ini. – HMetro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat