RUU Antilompat Parti Tidak Akan Dibentangkan Pada Isnin?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan dilaporkan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa bahagian daripada Perlembagaan Persekutuan pada 11 April nanti bukan RUU Antilompat Parti seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet hari ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan akan mempengerusikan satu mesyuarat pada Ahad nanti.

Sebuah portal melaporkan, semua ahli parlimen dan senator akan dipanggil ke mesyuarat tersebut.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, pembentangan pindaan perlembagaan itu dibuat bagi memastikan RUU Antilompat Parti tidak melanggar perlembagaan dan tidak memerlukan sokongan dua pertiga.

“Akta itu sendiri tidak akan dibentangkan pada Isnin. Apabila Perlembagaan Persekutuan dipinda, akta itu tidak lagi memerlukan majoriti dua pertiga,” kata sumber tersebut.

Portal tersebut juga melaporkan, kerajaan sedang menyelesaikan beberapa isu termasuk apa yang ditakrifkan sebagai’lompat parti’.

“Ini termasuk sama ada wakil rakyat yang menang sebagai calon bebas akan lompat parti jika dia menyertai parti politik atau jika ahli Parlimen yang menyertai parti lain selepas dipecat oleh partinya,” kata sumber itu lagi.

Seorang lagi menteri enggan dikenali berkata, kerajaan tidak bercadang menangguhkan RUU itu.

Tetapi pindaan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan kerajaan memperkenalkan RUU anti lompat parti perlu dilakukan terlebih dahulu.

“Kita ke arah itu. Orang ramai asyik bercakap mengenai RUU anti lompat parti sehingga mereka lupa bahawa kita harus mulakan dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan dahulu.

“Bila dah lulus kita boleh perkenalkan RUU anti lompat parti,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke meminta semua parti politik menyatakan pendirian sama ada ahli Parlimen mereka akan menyokong RUU anti lompat parti di Dewan Rakyat, Isnin ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat