ADUN Selat Klang, bekas Pengerusi Bersatu Selangor umum sokong kepimpinan Amirudin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ADUN Selat Klang dari Bersatu, Datuk Abdul Rashid Asari hari ini mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari..

Bekas Pengerusi Bersatu Selangor itu memaklumkan tindakan mengalih sokongan beliau itu akibat daripada beberapa siri tindakan Perikatan Nasional (PN) terutamanya PN Selangor yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan yang dilontar kepada Raja-raja Melayu.

Tegas beliau, ini adalah berlawanan dengan prinsip orang Melayu beragama Islam.

“Setelah meneliti perkembangan semasa dan mengambil kira beberapa faktor utama, saya Datuk Abdul Rashid Asari selaku Ahli Dewan Negeri N44 Selat Klang dengan ini menyatakan sokongan saya kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Keputusan ini dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan setelah saya meneliti Titah Ucapan ultan Selangor yang memuji pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang berada di landasan yang tepat demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Langkah ini juga adalah akibat dari beberapa siri tindakan PN terutamanya PN Selangor yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan yang dilontar kepada Raja-raja Melayu. Ini adalah berlawanan dengan prinsip orang Melayu beragama Islam,” jelasnya dalam kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid juga menyatakan beliau mengambil keputusan ini bagi memastikan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor terutama penduduk di kawasan N44 Selat Klang yang akan menerima manfaat dari kerajaan yang stabil serta padu.

“Saya kekal komited sebagai ahli Bersatu dan akan terus berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri N44 Selat Klang,” katanya.

Abdul Rashid sudah dua penggal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.44 Selat Klang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat