Klip video untuk paksa kerajaan negeri tunduk – Hajiji

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyifatkan pendedahan beberapa klip video yang telah disunting sebagai satu usaha terdesak untuk menjatuhkan kerajaan negeri setelah projek mereka gagal mendapat kelulusan.

Dalam kenyataan media lewat malam tadi, Hajiji juga menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan tunduk terhadap sebarang usaha yang dilakukan oleh ahli perniagaan terbabit, yang mana permohonan kumpulan berkenaan membabitkan tanah seluas hampir satu juta ekar, dan pihak tertentu dengan niat untuk menggugat kestabilan politik Sabah.

Dalam mempertahankan keputusan kerajaan tidak meluluskan permohonan yang dibuat, Haji berkata pentadbirannya tidak pernah mengeluarkan lesen melombong kepada mana-mana pihak.

“Sebarang dakwaan bahawa lesen melombong (mining lease) telah diberikan adalah tidak benar sama sekali.

“Setakat ini, kerajaan hanya mengeluarkan ‘prospecting licene’ yang bertujuan untuk penerokaan dan pengumpulan data geomineral.Proses ini adalah langkah awal yang diperlukan sebelum sebarang permohonan ‘mining lease’ daripada syarikat yang layak dapat dipertimbangkan.

Mengulas mengenai permohonan yang melibatkan individu yang dikatakan membuat rakamam video skandal rasuah pemimpin politik Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS), Hajiji memberi isyarat penolakan permohonan tersebut bagi memastikan sumber mineral negeri ini kekal terpelihara dan diuruskan dengan teliti demi masa depan rakyat.

“Sebahagian besar kawasan itu adalah kawasan perlindungan sepenuhnya (totally protected areas), kawasan tadahan air, dan kawasan Pemeliharaan. Apabila permohonan mereka tidak berjaya, beberapa klip video telah disebarkan sebagai usaha untuk mengancam kerajaan negeri.”

Dalam kenyataan media tersebut, Hajiji turut menyifatkan tuduhan bahawa wakil rakyat meminta habuan atau melakukan salah laku berkaitan isu ini adalah tidak berasas.

“Perbuatan mengaitkan rakaman video yang telah disunting dan disebarkan dengan niat jahat, termasuk ancaman berbentuk pemerasan jenayah, adalah tindakan terdesak yang bertujuan mencemar nama baik kerajaan dan menjejaskan kestabilan politik Sabah.

“Oleh itu, saya ingin memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa pentadbiran saya kekal berpegang kepada prinsip keadilan, ketelusan, dan kejujuran,” katanya.

Portal Malaysiakini sebelum ini mendedahkan isu seorang ahli perniagaan memohon mendapat pelindungan di bawah akta pelindungan saksi (Whistleblowers) gagal mendapat persetujuan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM).

Malaysiakini dan individu terlibat mula mendedahkan beberapa klip video memaparkan perbualan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang terbaharu melibatkan Menteri Kewangan, Datuk Masidi Manjun.

Sebelum ini, terdapat empat klip video yang mengaitkan empat orang ADUN iaitu ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang, ADUN Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari dan ADUN Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Semalam, portal berita terbabit memuat naik baki empat klip video lagi memaparkan perbualan yang mengaitkan ADUN Membakut, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun, ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Untuk rekod, UMNO Sabah sebelum ini menafikan mereka terlibat dalam sebarang pendedahan pendedahan skandal mineral Sabah ini. Pengarah Pilihan Raya Umno Sabah, Jeffery Nor Mohamed, menyangkal dakwaan yang mengaitkan Umno Sabah sebagai ‘dalang’ penyebaran video skandal rasuah ADUN di negeri itu.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat