111 tenaga pengajar TVET terima sijil profesional KNX-POLYCC

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Seramai 111 tenaga pengajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasinal (TVET) telah menerima sijil profesional KNX-POLYCC
di Dewan Tun Hussain Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) dekat sini pada Isnin.

Jumlah tersebut adalah yang tertinggi pernah direkodkan di peringkat antarabangsa sebagai tutor paling ramai ditauliahkan sijil profesional KNX sekali gus dicatatkan dalam Malaysia Book of Record (MBOR) di bawah kategori ‘Most KNX Certified Tutor in a Gathering’

Ini adalah satu pencapaian yang besar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) serta pihak industri bergabung untuk mengadakan program kerjasama ini bagi memperkasakan TVET negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dato’ Dr. Mohd Zahari Ismail berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penganugerahan Pensijilan Profesional KNX-POLYCC.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia Sutekno Ahmad Belon; Pengarah Kanan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Mohd Fathullah Mustafa; Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Zainah Rujihan; Ketua Pegawai Eksekutif Seikou Systec Sdn. Bhd. Ts. Siew Peng Wah dan Ketua Pegawai Eksekutif KNX Belgium Heinz Lux.

Mohd Zahari berkata, inisiatif pensijilan profesional KNX-POLYCC merupakan satu langkah strategik dalam membina kapasiti tenaga mahir negara, khususnya dalam bidang automasi dan teknologi pintar.

Beliau berkata, inisiatif ini bukan sahaja untuk memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga bagi memastikan kurikulum, teknologi dan kemahiran yang disampaikan kepada para pelajar adalah relevan serta selari dengan keperluan industri.

Menurutnya, majlis ini bukan sahaja menjadi saksi kepada usaha berterusan dalam meningkatkan kompetensi tenaga pengajar dan pelajar, turut mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pemerkasaan TVET yang menjadi salah satu agenda utama negara ketika ini.

Menurutnya lagi, inisiatif pensijilan profesional KNX-POLYCC ini merupakan satu langkah strategik dalam membina kapasiti tenaga mahir negara, khususnya dalam bidang automasi dan teknologi pintar yang semakin penting dalam era Revolusi Industri 4.0.

“Program ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi tenaga pengajar kita dengan kemahiran teknikal yang relevan, malah membina keyakinan mereka bagi menghasilkan pelajar dan graduan TVET berdaya saing bagi memenuhi pasaran kerja yang kian mencabar.

“Melalui kerjasama erat antara JPPKK, PTPK, PSA dan Seikou Systec Sdn. Bhd., kita dapat menyediakan peluang latihan dan pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, sekali gus mempersiapkan pelajar untuk memasuki pasaran kerja, bukan sahaja di peringkat tempatan malahan di peringkat global,”katanya.

“Penganugerahan pensijilan ini adalah selari dengan KPT untuk menyediakan bakat terbaik negara, yang merupakan salah satu daripada lima fokus utama landasan Halatuju KPT 2024.

“Penyertaan mereka, khususnya tenaga pengajar daripada pelbagai institusi TVET amat penting dalam usaha meningkatkan kemahiran mereka melalui proses reskilling dan upskilling.

“Inisiatif ini bukan sahaja memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran malah memastikan kurikulum, teknologi serta kemahiran yang disampaikan kepada para pelajar adalah relevan serta selari dengan keperluan industri.

“Dengan peningkatan ini, kualiti graduan yang dihasilkan akan lebih kompetitif dan tersedia untuk memasuki pasaran kerja, sekali gus memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi dan kemajuan negara.

“Pensijilan profesional ini bukan sekadar satu pencapaian malah asas penting untuk mengekalkan momentum perkembangan kemahiran berorientasikan masa hadapan serta selari dengan agenda negara dalam memperkasakan ekosistem TVET, berlandaskan aspirasi pembangunan modal insan secara holistik.

“KPT sentiasa menyokong dan memperkukuh usaha memperkasa ekosistem TVET di Malaysia dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan untuk memastikan sistem pendidikan kita mampu melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, kompeten serta berdaya saing di peringkat global,”katanya lagi.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA, Sutekno Ahmad Belon berkata, TVET adalah kunci utama dalam pembangunan negara dan sangat penting dalam menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan mampu memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang.

“Kejayaan ini merupakan pencapaian yang membanggakan, bukan sahaja dapat melahirkan tenaga TVET profesional bertaraf dunia malah usahasama dua kementerian ini mendukung aspirasi Madani dapat memartabatkan TVET dalam arus pendidikan perdana di Malaysia,”ujarnya.

“Pensijilan ini juga mencerminkan keupayaan untuk mengintegrasikan teknologi pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekali gus memastikan sektor latihan TVET negara sentiasa relevan dan berdaya saing di peringkat global.

“KESUMA menyokong kerjasama erat antara industri dan penyedia program TVET di seluruh negara dan perlu dijalin secara strategik, malah diperkukuhkan lagi bagi memastikan sistem TVET mampu memenuhi keperluan industri semasa dan masa depan,”ujarnya lagi.

Sementalah itu, Ketua Pegawai Eksekutif Seikou Systec Sdn. Bhd. Ts. Siew Peng Wah berkata, dengan adanya projek KNX di Malaysia dan di benua Asia, peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar TVET adalah lebih luas.

Beliau berkata, KNX Standard adalah sebahagian Unit Kompetensi (CU) NOSS SKM tahap 3 electrikal dalam Module ‘Building Automasi Sistem’ dan KNX salah satu modul penting, perlu dititik beratkan di dalam bidang Electrical Installation WorldSkills International, WorldSkills Asia & WorldSkills ASEAN.

“Pihak syarikat berterima kasih di atas kerjasama yang dijalankan di bawah JPPKK, dan melantik kami sebagai pusat latihan KNX untuk melatih seramai 150 pengajar yang terdiri sebahagian besar daripada tenaga pengajar JPPKK.

“Pada tahun ini, kita sudah berjaya meningkatkan jumlah kepada dua kali ganda iaitu 18 pusat KNX Certified Training Centre.

“Kami komited mencurahkan ilmu kepada semua masyarakat yang berminat dalam bidang TVET, dan menambah lebih ramai lagi technologist elektrikal yang berkompetensi antarabangsa, KNX Certified Tutor dan KNX Certified Training Centre, ”tambahnya.

Dalam pada itu, PSA turut menerima sijil KNX Certified Training Centre dan enam kit mudah alih KNX daripada Seikou Systec Sdn. Bhd. yang akan menjadi pemangkin kepada pengoperasian PSA sebagai KNX Training Certified Centre yang kedua selepas Politeknik Port Dickson.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat