KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh mencabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam supaya menjadi seorang ‘anak jantan’ bersemuka dengan beliau, bukannya berselindung di sebalik rakaman video.
Menurut hantaran terbaharu Ketua Pemuda UMNO itu, beliau mengingatkan Lokman bahawa pemimpin wajib membawa suara rakyat bukannya suara perut sendiri untuk kepentingan diri.
Akmal dipercaya menulis demikian sebagai menjawab video Lokman yang menuduhnya sebagai ‘barua Perikatan Nasional’ kerana mengkritik Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang enggan menangguhkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan keadaan banjir di seluruh negara.
Lokman sebelum ini mengingatkan rakan dalam Pakatan Harapan (HP) supaya berhati-hati dengan sebahagian dalam UMNO yang menjadi barua kepada Perikatan Nasional (PN). -SUARATV