Saga skandal rasuah lombong mineral Sabah kini mengaitkan Menteri Kewangan Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Saga skandal rasuah melibatkan seorang ahli perniagaan dengan pemimpin politik negeri Sabah kini melebar kepada sosok kepimpinan utama Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) yang juga Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Sebelum ini ahli perniagaan terbabit mendedahkan video yang mengaitkan skandal rasuah ini dengan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah termasuk Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, ADUN Tempasuk, Arshad Bistari dan ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang.

Video

Berdasarkan video terbaharu yang dikeluarkan semalam, individu terbabit mendakwa rakaman tersebut dibuat di pejabat Masidi pada 11 Januari tahun 2024.

Dalam video tersebut, individu terbabit mengulangi jumlah wang yang diberikan kepada Masidi iaitu sebanyak 300 ribu ringgit dan Masidi dalam rakaman video tersebut tidak membantah jumlah yang disebut.

Masidi juga bersetuju dengan pemberi maklumat bahawa permohonannya untuk mendapatkan lesen carigali mineral perlu ditangguh kerana projek perlombongan itu telah menjadi kontroversi.

Ahli perniagaan terbabit kemudian merakamkan perbualan dengan seorang yang individu lain yang beliau dakwa merupakan pembantu khas kepada Menteri Kewangan tersebut.

Beliau menggunakan modus operandi yang sama mengulangi jumlah yang telah diberikan dan berapa jumlah yang sepatutnya diberi. Pembantu Khas Menteri Kewangan tersebut bersetuju malah mengeluarkan kenyataan beliau pergi bersama memberi beg berisi wang 300 ribu ringgit kepada Masidi.

Bagaimanapun Masidi yang mendakwa video tersebut disunting telah pergi secara sukarela ke ke pejabat SPRM Kota Kinabalu pada jam 8 malam tadi untuk memberi keterangan kepada agensi penguat kuasa itu.

“Saya ingin memaklumkan saya secara sukarela dan tanpa dipanggil oleh pihak SPRM memberi keterangan berhubung video yang tular hari ini di pejabat SPRM Kota Kinabalu jam 8 malam.

“Seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini, saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berwajib untuk menyiasat isu ini. Kunjungan saya ke pejabat SPRM malam ini adalah untuk membantu siasatan dan tanda sokongan saya kepada usaha agensi ini membanteras rasuah di negeri ini,” katanya.

Dalam kenyataannya petang semalam, Masidi mendakwa video memaparkan perbualannya dengan seorang individu berhubung dana RM300,000 yang dikaitkan dengannya sudah disunting.

Beliau yang merujuk kepada video terbaharu berkaitan dakwaan skandal rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang didedahkan sebuah portal berita hari ini, turut berkata tidak ingat perbualannya ketika video itu dirakam.

“Saya merujuk kepada video ‘whistleblower’ yang mengaitkan saya disiarkan sebuah portal.

“Untuk makluman, saya tidak pernah ingat perbualan itu kerana rakaman perbualan terbabit disunting.

“Yang saya ingat beliau menawarkan untuk menyumbang kepada parti dan saya menjawab bahawa tidak ada keperluan untuk berbuat demikian.

“Saya tidak tahu-menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang kononnya diserahkan melalui pegawai khas saya,” katanya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat