Umno Sabah nafi dalang penyebaran video skandal rasuah adun Sabah – Jeffery Nor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — ‘Kami tiada kaitan dengan Malaysiakini, tegas Jeffery Nor Mohamed menyangkal dakwaan yang mengaitkan Umno Sabah sebagai ‘dalang’ penyebaran video skandal rasuah ADUN di negeri itu.

Bercakap kepada Suara TV, Pengarah Pilihan Raya Umno Sabah itu menggesa pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan menyeluruh terhadap isu tersebut.

“Seperti yang diketahui ini didedahkan oleh Malaysiakini. Kami (UMNO Sabah) tiada kaitan dengan Malaysiakini. Saya menafikan bahawa kami menjadi dalang dalam isu ini.

“Isu ini perlu disiasat oleh pihak berkuasa kerana perkara ini sehingga menimbulkan tuduh menuduh di negeri Sabah dan bila isu ini timbul kestabilan itu tidak ada, rakyat keliru dengan apa yang berlaku sekarang.

“Kami ingin melihat kes ini disiasat dengan baik. Tidak perlu melenting ke mana mana pihak jika perkara itu tidak benar. Saya menyarankan pihak berkuasa menyiasat sebaiknya,” katanya ketika ditemui di ibu negara baru baru ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan itu menyeru semua pihak untuk berhenti mengamalkan budaya politik fitnah yang boleh mencetuskan salah faham serta ketegangan dalam kalangan rakyat

“Saya sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya negeri Sabah sudah tentulah setiap masa kami akan berbincang dengan pimpinan Umno Negeri dan isu ini tidak pernah ditimbulkan juga tidak pernah terlintas dalam pembicaraan kami.

“Kita membawa naratif politik profesional. Politik fitnah memfitnah tidak ada dalam Umno Sabah , kami fokus kepada bagaimana untuk mengatasi masalah air, elektrik dan membangun infra lain,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai persediaan menjelang Pilihanraya Negeri Sabah, beliau menyarankan rakyat supaya melakukan perubahan bersama pemimpin yang boleh memimpin dengan baik dan keluar dari kepompong permasalahan negeri itu.

“Kita rakyat sabah perlu melakukan perubahan drastik dengan mengetengahkan pemimpin yang baik dan boleh memberi idea dan berkerja untuk rakyat.

“Bagi saya terpulang rakyat sabah untuk menilai pimpinan kita di negeri ini.

“Kita juga mahu kan kestabilan aman dan damai kerana situasi di negeri masa ini, tidak menentu dengan ‘kegilaan’ yang terjadi kini, padahal kita menghadapi permasalahan yang lebih teruk lagi,” katanya.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya lapan klip video daripada pemberi maklumat yang memaparkan sedutan perbualan dengan ADUN Sabah akan disebarkan.

Selain ADUN biasa dan berstatus Timbalan Ketua Menteri, nama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut didakwa terpalit dengan dakwaan skandal rasuah itu.

Sebelum ini, satu klip video memaparkan pendedahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, Jontih Enggihon mengenai dakwaan salah guna kuasa membabitkan Hajiji turut tersebar.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat