PRU15 Beri Laluan Demokrasi, Serah Kepada Rakyat Buat Pernilaian – Reezal Merican

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menghadapi saingan empat penjuru dalam misinya mempertahankan kemenangan BN di Parlimen Kepala Batas, lapor Buletin TV3.

Tiga pencabar beliau adalah Danial Abdul Majeed dari Pakatan Harapan (PH), Dr Siti Mastura Muhammad dari Perikatan Nasional (PN) dan calon Pejuang-Gerakan Tanah Air (GTA), Hamidi Abu Hassan.

Pengawai Pengurus Pilihan Raya, Zulkifli Rashid yang membuat pengumuman rasmi calon berkata pihaknya hanya menerima empat pencalonan dan kesemua pencalonan berkenaan diterima.

Kesemua calon sepakat mahu kempen pilihan raya dilakukan dengan rasa hormati-menghormati satu sama lain dengan mempraktikkan politik matang.

“Bagi saya tiada perkataan lawan sebab ia memberi konotasi perselisihan dan pertembungan.

“Sebaliknya saya melihat ini sebagai laluan demokrasi yang memberi peluang kepada semua untuk melahirkan aspirasi mereka dan rakyat akan membuat penilaian,” kata Reezal Merican.

Reezal yang berpakaian serba biru diiringi lebih 3,000 penyokong yang berarak ke pusat penamaan calon itu.

Sementara itu, calon PH, Danial pula mendakwa Malaysia agak ketinggalan dalam memberi ruang kepada golongan muda.

“Misalnya menteri yang baru dilantik di United Kingdom hanya berusia 26 tahun tetapi di sini saya diejek terlalu muda untuk menjadi calon, jadi ini adalah masa untuk suara orang muda kedengaran di Parlimen,” katanya.

Hamidi, calon GTA pula berkata beliau mahu berbakti kepada negara, khususnya dalam proses semak dan imbang melalui proses yang mematangkan demokrasi dan menambahbaik pengurusan kerajaan.

Manakala calon PN, Dr Mastura berkongsi rasa bangga PN memilih calon wanita untuk bertanding di kawasan itu.

“Saya bangga kerana PN memilih seorang wanita untuk bertanding di Kepala Batas dan saya berharap ini merupakan titik tolak untuk pembukaan ruang yang lebih luas kepada wanita muda,” katanya.

Untuk rekod, Reezal daripada BN memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas pada pilihanraya lalu dengan majoriti 4,736 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat