Mana lebih penting, amaran China kepada Malaysia atau kebocoran nota amaran China? – A.Kadir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tokoh wartawan negara, Datuk A. Kadir Jasin membangkitkan persoalan mana yang lebih penting, amaran China kepada Malaysia atau kebocoran nota amaran China?

Beliau malah mempertikai, adakah kepakaran dan taraf diplomasi kita hari ini, khususnya dengan China, sama hebat dengan zaman sebelum ini seperti yang telah dilandaskan oleh Almarhum Tun Abdul Razak?

“Kalau setakat standard bekas Duta Khas ke China zaman Muhyiddin, tak jadi.

“Diplomasi dengan China ini bukan retorik dan showmanship. Hanya orang yang mengikuti perhubungan dengan China sejak zaman Tun Razak saja akan faham.

“Mudah cakap, kalau sekadar Menteri Luar tak jadi. Tapi kalau standard Almarhum Ghazali Shafie, itu lain cerita.

“Wallahuaklam. Ini ujian (bala) yang menakutkan,” ujar A.Kadir dalam kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, China telah menuntut Malaysia untuk segera menghentikan semua aktiviti di sebuah perairan yang kaya dengan hasil minyak berhampiran Sarawak, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin berlembut terhadap China di sebalik tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

“Perkara itu terkandung dalam nota bantahan dihantar kepada Kedutaan Besar Malaysia di China minggu lalu, menurut akhbar Filipina Philippine Daily Inquirer, yang turut menerbitkan dokumen itu.

“Ia menuduh Malaysia menceroboh kawasan yang menjadi sebahagian daripada “9 garis putus-putus” (nine-dash line), merujuk peta kontroversi diterbitkan Beijing bagi menunjukkan wilayah yang didakwa miliknya di Laut China Selatan.

Nota bantahan itu menyatakan rasa kurang senang China terhadap aktiviti penerokaan minyak dan gas Malaysia berhampiran terumbu karang Luconia Shoals, juga dikenali sebagai Luconia Reefs.

Malaysia menamakan kawasan itu Gugusan Beting Raja Jarum, tetapi dirujuk oleh China sebagai “Nankang Ansha” dan “Beikang Ansha”.

Bantahan Beijing itu berlaku walaupun terumbu karang itu hanya 100 km dari Sarawak, berbanding jaraknya yang hampir 2,000 km dari tanah besar China.

“Pihak China, sekali lagi, menggesa pihak Malaysia untuk sejujurnya menghormati kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim China [dan] segera menghentikan aktiviti yang disebutkan di atas,” akhbar Daily Inquirer memetik kandungan nota yang dihantar kementerian luar China.

Malaysia dan China adalah antara tujuh negara di sekitar Laut China Selatan yang terlibat dalam pertelingkahan tuntutan wilayah, di samping Brunei, Taiwan, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

China menghantar aset ketenteraannya di kawasan itu dalam usaha menguatkan tuntutan wilayahnya ke atas seluruh Laut China Selatan.

Syarikat petroleum negara Petronas beroperasi dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) dan Luconia Reefs, yang didakwa China sebagai wilayahnya berdasarkan apa yang dipanggil peta “9 garis putus-putus”.

Tahun lalu, China mengemaskini peta tersebut dengan menerbitkan peta “10 garis putus-putus”, di mana ia mendakwa sebuah lagi wilayah berhampiran Taiwan sebagai miliknya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat