- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bertegas akan menyenarai hitamkan kontraktor dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang menyediakan makanan secara sambil lewa.
Menurut Asyraf, tindakan kontraktor makan dewan selera MRSM memberikan perkhidmatan dan penyediaan sambil lewa dan ‘cincai’ ini apabila mengetahui kontrak bakal tamat.
“Saya tak boleh terima sikap segelintir kontraktor makan dewan selera MRSM yang buat sambil lewa dan cincai bila tahu kontrak bakal tamat.
“Syarikat seperti ini wajib disenaraihitamkan oleh Mara,” tegas Asyraf.