‘Datang untuk dapat ilmu akhirnya anak anak mereka dibunuh, – Bung Moktar

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak tegas dan adil terhadap insiden kematian Zara Qairina Mahathir pelajar tingkatan satu yang dikatakan terjatuh dari tingkat tiga bangunan.

Tegasnya kejadian yang dikaitkan dengan dakwaan isu buli yang didakwa berlaku di sekolah berkenaan harus ditangani segara kerana telah menimbulkan kebimbangan orang ramai terutama ibu bapa.

“Apa masalah ini? Mereka datang untuk mendapat ilmu. Tetapi akhirnya anak anak mereka dibunuh.

“Di sabah ramai ibubapa sudah phobia, tidak mahu hantar anak anak mereka ke sekolah asrama.

”Kementerian pendidikan perlu melihat pendekatan baru bagaimana mengatasi masalah ini. Melentur buluh dari rebungnya, bermula lah dari sekolah menteri pelajaran perlu melihat perkara ini dengan saksama,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menambah, tidak ada gunanya jika kita berusaha ke arah memastikan kemajuan transformasi negara namun tidak mengambil tindakan transformasi dalam menangani isu isu seperti ini.

“Kita buat transformasi seluruh negara tetapi di sekolah sebaliknya. Ini tidak betul.

“Kes buli di sekolah ini berleluasa lebih lebih lagi sekolah berasrama samada sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah vokasional.

Zara Qairina, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) pada jam 11 tengah hari, 17 Julai lalu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Papar, itu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama itu pada jam 4 pagi, 16 Julai.

Kejadian itu tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen selepas ia dikaitkan dengan dakwaan kejadian buli yang didakwa berlaku di sekolah berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat