Hormati Proses Undang-Undang Dalam Kes Kematian Zara Qairina – Saifuddin Nasution

CYBERJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyeru semua pihak agar menghormati proses undang-undang yang sedang berlangsung berkaitan siasatan kes kematian pelajar sekolah, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Beliau memaklumkan bahawa siasatan polis telah selesai dan kertas siasatan kini berada di tangan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

“Bila ada insiden berlaku, maka kertas siasatan dibuka. Bila selesai, ia diserahkan kepada Peguam Negara. Kita kena hormat proses undang-undang,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas menutup Majlis i-Deen Kepulihan AADK 2025 di sini, hari ini.

Tambah beliau, sebarang keputusan pendakwaan hanya akan dibuat selepas penilaian menyeluruh oleh AGC terhadap bukti yang dikumpulkan.

“Peguam Negara mesti betul-betul yakin sebelum membuat keputusan untuk meneruskan pendakwaan,” tegasnya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan bahawa laporan siasatan telah diserahkan kepada AGC.

Dalam kenyataan berasingan, AGC memaklumkan pihaknya menerima laporan awal daripada dua peringkat – pada 3 Ogos daripada Cawangan Sabah dan 4 Ogos daripada Ibu Pejabat Polis Putrajaya. Laporan itu kini sedang diteliti dari aspek fakta dan undang-undang.

Allahyarham Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu, dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya semasa dirawat di hospital.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat