‘Kita tolong mana yang termampu…’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kempen kibar bendera putih yang dijalankan sejak minggu lalu turut memberi kesedaran buat ramai artis untuk ikut serta dalam membantu rakyat Malaysia yang dalam kesusahan.

Bagi pelakon Mona Allen, 36, dia berpendapat tidak perlu menjadi jutawan untuk menghulurkan bantuan. Sebaliknya, dia melihat tanggungjawab besar itu perlu dipikul semua pihak termasuk artis untuk memberi kesedaran.

Justeru, dia memutuskan untuk menggunakan duit simpanan yang ada demi misi membantu golongan memerlukan.

“Kita bukan jutawan, tak semua orang kita boleh tolong. Kita tolong yang mana mampu, dan apabila kita tengok ramai terkesan, ramai susah, tak makan, hilang pekerjaan, dan sakit, saya rasa perlu berbuat sesuatu menerusi media sosial.

“Untuk membantu mereka yang betul-betul perlu. Kalau kita tak dapat tolong, mungkin ramai nak tolong tapi tak tahu di mana. Jadi ia tanggungjawab saya sebagai figura awam, walau pun tak banyak, tapi dengan hantaran itu ramai sudah dibantu,” katanya.

Pelakon drama Lara Shakila itu berkongsi hantaran bendera putih menerusi Instagramnya yang mana mengajak sesiapa yang berkemampuan untuk fikir kesusahan orang lain juga.

“Kita kena timbulkan kesedaran sebegini secara percuma dengan membuat satu hantaran memandangkan ramai yang terkesan. Jangan fikir poket sendiri saja. Mungkin kita akan berjaya selamatkan hidup seseorang,” katanya.

Pelakon Reen Rahim juga antara yang membuat hantaran bendera putih. Dia meminta pengikutnya berkongsi maklumat golongan yang benar-benar memerlukan untuk diberi bantuan.

Reen menerusi Instagram mengakui sangat emosi apabila membaca setiap mesej peribadi diterimanya.

Tidak ketinggalan, pelakon Sanjna Suri membuka ruang buat sesiapa yang terdesak memerlukan bantuan.

Menerusi hantaran bendera putih di Instagram, pelakon filem Sangkar itu turut mengalu-alukan sesiapa yang turut serta mahu membantu.

Sementara itu, pengacara dan penyampai radio, Radin pula membuat jualan barangan peribadinya untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada golongan memerlukan. Lebih 50 helai baju bakal dijual dan hasil jualan bakal digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.

Pelakon Shima Anuar pula memulakan inisiatif sendiri mengumpul dana bantuan menerusi penjualan seluar palazzo. Wang hasil jualan pakaian itu akan digunakan membeli barangan rumah untuk disumbangkan kepada individu yang sangat memerlukan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat