FINAS disaran lancar program vaksin untuk anak seni

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) disaran melancarkan program vaksin COVID-19 untuk penggiat seni sebagai persediaan pembukaan semula industri kreatif menjelang fasa ketiga atau keempat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perbadanan itu juga disaran menggunakan peruntukan RM100 juta yang diumumkan kerajaan untuk sektor seni kreatif pada pembentangan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membeli vaksin COVID-19 agar penggerak seni dapat kembali bekerja dengan selamat, sebaik kebenaran diberi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pemilik Syarikat Radius One, Shahrulezad Mohameddin, berkata ada baiknya soal proses imunisasi dan suntikan vaksin COVID-19 kepada penggiat seni diberi keutamaan ketika industri kreatif termasuk aktiviti penggambaran dihentikan sekarang.

“Saya harap sebahagian daripada peruntukan RM100 juta yang diumumkan kerajaan baru-baru ini mungkin boleh digunakan untuk membeli vaksin kepada penggiat seni selain keperluan tertentu.

“Atau mungkin boleh bekerjasama dengan syarikat produksi dan penerbit bagi menyerap kos jika difikirkan terlalu besar belanja yang diperlukan.

Shahrulezad mengesyorkan ada baiknya FINAS memberi keutamaan kepada proses imunisasi dan suntikan vaksin COVID-19 kepada penggerak seni ketika industri kreatif tidak dibenarkan beroperasi sekarang. Foto IG Shahrulezad Mohameddin
Shahrulezad mengesyorkan ada baiknya FINAS memberi keutamaan kepada proses imunisasi dan suntikan vaksin COVID-19 kepada penggerak seni ketika industri kreatif tidak dibenarkan beroperasi sekarang. Foto IG Shahrulezad Mohameddin

 

“Jadi, sementara tidak boleh melakukan penggambaran, saya sarankan FINAS melancarkan program vaksin COVID-19 khusus untuk penggiat seni dengan kerjasama Kementerian Kesihatan,” katanya kepada BH Online.

Pada 28 Jun lalu, kerajaan mengumumkan peruntukan RM100 juta dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan kepada lebih 8,000 penggiat seni dalam PEMULIH yang disambut gembira penggerak industri kreatif.

Shahrulezad yang juga pengarah drama rantaian Nur memberi cadangan itu sebagai persediaan andai sektor seni kreatif dibenarkan beroperasi semula pada fasa ketiga atau keempat PPN.

“Saya takut apabila (industri seni kreatif) dibuka, MKN umumkan syarat baharu penggiat seni diwajibkan mendapat suntikan vaksin COVID-19 sebelum memasuki set penggambaran.

“Detik itulah warga seni kelam kabut… Hakikatnya, ketika ini, ramai penggiat seni yang resah menunggu giliran mendapat suntikan vaksin.

“Jika FINAS beli sendiri vaksin untuk anak seni, keadaan jadi lebih mudah.

“Malah, jika 70 hingga 80 peratus warga seni sudah mendapat suntikan vaksin, mungkin kita boleh meminta kebenaran kerajaan untuk bekerja,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat