‘Negara Sifar Karbon’ Menjelang Tahun 2050 – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia memenuhi visinya bagi mencapai tahap karbon sifar (neutral) menjelang tahun 2050 termasuk menggubal undang-undang berkaitan perubahan iklim kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagi menyokong visi dan komitmen alam sekitar tersebut, jelas Perdana Menteri, Malaysia juga meletakkan tiga sasaran jangka panjang iaitu kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu sebanyak 31 peratus menjelang tahun 2025 dan 40 peratus menjelang tahun 2035.

Selain itu, mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus liputan hutan negara dan melaksanakan kaedah natural-based solution seperti menanam 100 juta batang pokok dan meningkatkan kadar kitaran semula kepada 40 peratus menjelang tahun 2025.

“Dunia kini berdepan dengan pelbagai cabaran akibat perubahan iklim, pastinya komitmen dan kerjasama serantau serta antarabangsa diperlukan bagi menanganinya.

“Ketika berucap pada Persidangan Nikkei di Jepun barubaru ini, saya menyatakan komitmen Malaysia memenuhi visinya bagi mencapai tahap karbon sifar (neutral) menjelang tahun 2050 termasuk menggubal undang-undang berkaitan perubahan iklim.

“Selain itu, Malaysia akan bekerjasama dengan negaranegara di rantau Asia yang berkongsi visi tersebut menerusi “Asia Zero Emission Community”. kata Ismail Sabri ketika melancarkan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Taman Tugu, pada Ahad.

Sambutan tahunan kita kali ini bertemakan ‘Hanya Ada Satu Bumi’ atau ‘Only One Earth’ sempena ulang tahun ke-50 penganjuran persidangan pertama PBB tentang alam sekitar.

Ujar Ismail Sabri lagi, Visi ini selari dengan komitmen kita semasa Persidangan Perubahan Iklim 21 (Climate Change Conference 21) di Paris, Perancis pada tahun 2015 bertujuan  membendung pemanasan global dengan mengekalkan purata peningkatan suhu global abad ini di bawah dua darjah celcius.

Komitmen kita untuk mengatasi cabaran perubahan sejagat sudah pasti perlu disambut melalui pelan dan dasar negara.

Menerusi Strategi Rancangan Malaysia ke-12 jelas Ismail Sabri lagi, negara menyasarkan mencapai ‘Negara Sifar Karbon’ menerusi pembangunan di sektor tenaga, pengangkutan, industri pemprosesan dan penggunaan produk, pengurusan sisa, pertanian, dan penebusan semula guna tanah.

“Usaha ini juga diselaraskan dengan Pelan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia ke arah menjadikan Malaysia Lestari 2030 yang berteraskan pengukuhan tadbir urus, pertumbuhan hijau, kolaborasi strategik dan keterangkuman sosial.

“Dari sudut ekonomi pula, Bursa Malaysia di bawah Bajet 2022 akan mewujudkan Voluntary Carbon Market pada tahun ini; dan pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik juga disediakan bagi merancakkan agenda ekonomi hijau di Malaysia.

“Selain itu, agenda hijau juga perlu disemai di peringkat pentadbiran kerajaan tempatan dengan mencontohi DBKL yang mengumumkan aspirasi Kuala Lumpur sebagai bandar raya Net Zero Carbon menjelang tahun 2050.

“Komitmen negara menerusi pelaburan sifar atau rendah karbon dan teknologi hijau, diharap dapat menarik pelaburpelabur untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi hab pelaburan hijau.” ujarnya.

Dalam pada itu, perubahan iklim kini dirasai di setiap negara dan benua, antaranya keadaan cuaca berubah-ubah secara melampau, kenaikan paras air laut serta berlaku bencana alam yang berlaku pada tahun lepas telah meragut banyak nyawa dan mengakibatkan kerugian sebanyak RM6.1 bilion melibatkan antaranya kemusnahan tempat tinggal, premis perniagaan, aset dan infrastruktur awam.

“Bagi mengelak daripada berulang, Kerajaan telah memulakan pelan tindakan dan mitigasi yang bersifat proaktif, strategik untuk jangka masa pendek dan panjang. Saya tidak mahu menjadi ‘sudah terhantuk baru tengadah’. katanya.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat