‘Saya Tiada Kuasa Tetapkan Tarikh PRU’ Bidas PM Kepada DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR :Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang mendakwa beliau ‘flip-flop’ dalam menentukan keputusan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tegas Perdana Menteri, beliau tidak mempunyai kuasa menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sebaliknya terletak kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah.

Salah dari segi perlembagaan kalau beliau tetapkan tarikh PRU kerana kuasa penentu adalah daripada Yang di-Pertuan Agong.  Jemaah Menteri akan berikan mandat kepada beliau untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menasihati Seri Paduka Baginda, jelasnya lagi.

“DAP punya perangai mungkin dia tidak hormat Yang di-Pertuan Agong tapi saya hormati Yang di-Pertuan Agong.

“Kuasa terakhir adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong. Baginda boleh tentukan kerana dalam Perlembagaan Persekutuan, Baginda Al-Sultan Abdullah boleh menolak atau bersetuju,

“Seri Paduka Baginda boleh menolaknya kalau baginda tidak bersetuju. Saya tidak boleh katakan tarikh yang tepat kerana itu kerana saya akan ambil alih tugas Yang di-Pertuan Agong,

“Itu salah dari segi perlembagaan kalau saya tetapkan tarikh kerana kuasa penentu adalah daripada Baginda,” kata Ismail Sabri pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman Tugu, di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP melalui kenyataan Facebooknya berkata, Perdana Menteri perlu konsisten dan tegas dalam pendiriannya berkaitan tarikh pilihan raya.

Menurutnya, kenyataan dan mesej yang ‘flip-flop’ hanya akan menimbulkan ketidakstabilan politik yang berlanjutan dan akan memudaratkan lagi keadaan ekonomi negara.

Tambah Ismail Sabri, Perdana Menteri terdahulu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak pernah menetapkan tarikh PRU.

“Cuba kamu semak dari kenyataan Perdana Menteri dahulu, ada atau tidak Perdana Menteri dahulu menetapkan tarikh PRU. Kalau tanya Tun Dr Mahathir waktu itu, belaiu akan jawab ‘saya belum dapat ilham’.

“Kalau saya beritahu lebih awal, seronoklah DAP. Mereka boleh siap sedia awal. Jadi, kita tidak tahu bila.

“Apa pun, PRU akan dibincangkan oleh bersama (top five) UMNO, ada biro politik, MKT UMNO, dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN). Kemudian saya juga akan bincang dalam Kabinet,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat